Dua hari lalu, realme telah melancarkan dua model baharu, narzo 20 dan narzo 20 Pro yang menurut realme merupakan peranti dikhususkan untuk endless gaming experience.
Ramai sebenarnya yang teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut keupayaan peranti narzo 20 dan narzo 20 Pro ini. Kami menjadi antara yang terawal mencuba narzo 20, model yang ditawarkan pada harga RM699 sahaja tetapi dengan features yang hebat.
Selepas menggunakannya selama 2 hari, ini pendapat kami untuk 4 aspek utama narzo 20 iaitu kamera, ketahanan bateri, kelancaran untuk bermain game dan pengecasan pantas.
1. Helio G85 Gaming Processor/4GB RAM
Pada harga RM699, ini adalah processor yang baik untuk apa sahaja aktiviti anda. Hadir pula dengan 4GB RAM, narzo 20 mampu memberi pengalaman gaming yang smooth.
Kami main permainan video yang sedang tular ketika ini, Among Us dan tiada langsung lagging. Mungkin kerana Among US bukan permainan yang memerlukan grafik atau RAM yang besar. Bagaimana jika mahu sesi Chicken Dinner bersama rakan di PUBG? Langsung tiada masalah serta paparan skrin IPS LCD nya juga baik-baik sahaja.
Walaupun bermain secara terus selama lebih sejam, narzo 20 tidak cepat ‘panas’, faktor yang kita perlu lihat juga sebelum beli peranti untuk gaming.
2. 48MP AI Triple Camera
narzo 20 mungkin hadir dengan 48MP AI Triple Camera tetapi secara jujurnya, kamera bukanlah kekuatan utama untuk model ini. Ini beberapa hasil gambar yang kami rakam menggunakan narzo 20.
Jika anda lihat pada hasil gambar ini, ia cemerlang dalam keadaan natural light dan jarak standard. Hasil gambar dan warnanya cantik. Tetapi jika anda zoom penuh, gambar yang dihasilkan kurang memberangsangkan atau bahasa mudahnya pecah.
Begitu juga dengan fungsi ultra macro pada kamera ini. Ia boleh merakam details dengan baik tetapi pada hemat saya, kurang kemas. Untuk situasi low light? Tidak begitu memuaskan.
3. Bateri 6,000mAh
Tidak banyak jenama yang berani tawarkan bateri bersaiz besar begini. Boleh kira dengan jari berapa sahaja model yang hadir dengan bateri bersaiz 6,000mAh. Seingat saya, ROG Phone 3 antara yang tawarkan bateri bersaiz 6,000mAh.
Jadi, saiz bateri narzo 20 ini adalah dua kali ganda lebih besar berbanding iPhone 12. Walaupun anda sudah puas gaming, masih ada tenaga sebelum anda cas semula peranti anda.
4. Pengecasan Pantas 18W Type-C
Mujur narzo 20 ini hadir dengan pengecas Type-C. Jadi kita tahu pengecasan pantas itu boleh berlaku. Tetapi benarkah ia dapat mengecas dengan pantas?
Kami menguji kelajuan pengecasan narzo 20 dalam sejam. narzo 20 dapat mengecas dari 35% hingga 60% dalam masa sejam. Ujian ini dibuat menggunakan charger yang dibekalkan bersama narzo 20. Syukur, masih ada charger dalam kotak narzo 20 ini.
Adakah ia pengecasan pantas? Kami rasa tidak. Atau mungkin faktor baterinya yang besar narzo 20 ambil masa yang lebih panjang untuk full charge.
5. Honourable mention lain pada Narzo 20
Lubang jack untuk headphone masih wujud untuk narzo 20. Sekiranya anda rasa saiz storan dalamannya kecil (64GB), terdapat slot MicroSD untuk tambah storage. Rekaan kamera belakangnya juga kemas, mengingatkan kami kepada rekaan kamera pada Google Pixel 4.
Begitu juga dengan finishing bahagian belakang narzo 20. Nampak ‘mahal’ dan selesa untuk dipegang. Fungsi facial recognition untuk keselamatan juga sangat pantas. Hadapkan sahaja muka anda, terus unlock.
Adalah berbaloi untuk mendapatkan realme narzo 20?
Untuk harganya, narzo sangat sesuai untuk dijadikan gaming phone anda. Kami berpuas hati dengan performance-nya. Jika anda seorang yang malas untuk cas telefon, bateri yang bersaiz 6,000 mAh ini dapat bertahan seharian dengan penggunaan kerap dan lebih dua hari dengan penggunaan minima.
Cuma yang kurang sedikit adalah dari segi kameranya dan sistem audio pada narzo 20. Speakernya terletak di bahagian bawah sahaja dan jika dipasang kuat sepenuhnya (dicuba ketika menonton YouTube), bunyinya sedikit ‘kosong’.
Semoga review ini sedikit sebanyak dapat membantu anda buat pilihan sama ada untuk mendapatkan narzo 20 atau narzo 20 Pro. Anda boleh ke cawangan realme berdekatan anda dan cuba sendiri peranti ini. Sebuah peranti yang padan dengan harganya.
P/S: realme ada beri diskaun khas untuk Narzo 20 yang dijual pada harga RM549 sahaja sempena jualan 11.11 ini. Jadi, jika anda berminat, boleh terus ke Lazada untuk KIV model ini.
Ini beberapa produk hebat realme lain yang sedang berada di pasaran. Klik pada pautan di bawah.
https://www.thevocket.com/serba-lengkap-unik-dengan-vegan-micrograin-leather-ini-5-sebab-realme-7-pro-special-edition-berbaloi-untuk-dimiliki/
https://www.thevocket.com/vocket-review-giveaway-realme-hadir-dengan-produk-penjagaan-diri-yang-memang-cool/
https://www.thevocket.com/vocket-review-dwi-pembesar-suara-stereo-dolby-atmos-realme-7-pro-yang-mengagumkan/