Berbaki beberapa hari sahaja lagi dan nampaknya kaum Cina seluruh dunia bakal menyambut Tahun Baru Cina. Sambutan pada tahun ini pastinya agak berbeza seperti sebelum ini berikutan kehadiran pandemik COVID-19.

Walau bagaimanapun, kegembiraan dalam menyambut Tahun Baru Cina masih boleh diteruskan dengan adanya bantuan teknologi seperti iMessage dan FaceTime membolehkan para pengguna berhubung dengan sanak saudara atau rakan-rakan yang tidak dapat berjumpa.

Pada kali ini, kami tertarik untuk mengongsikan kepada anda empat content creator dari Malaysia yang berjaya menghasilkan gambar dan juga video bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal tiba. Ayuh tonton kreativiti content creator tempatan kita yang berjaya menghasilkan konten yang menarik hanya menggunakan siri iPhone 12.

1. Smashpop

Siapa sangka dengan telefon pintar sekecil iPhone 12 Mini sudah mampu menghasilkan video yang tampak profesional dan cool. Menerusi perkongsian Smashpop dengan #shotoniphone12mini, beliau telah menunjukkan potensi yang berjaya ditawarkan menerusi model iPhone yang kecil ini.

Difahamkan beliau cuma menyunting video ini menggunakan aplikasi Photos yang tersedia pada iPhone manakala untuk transisi video beliau telah menggunakan aplikasi VLLO yang sangat mudah digunakan. Menarik bukan?

PastedGraphic-11

2. Sher Reen

Processed with VSCO with s2 preset
Sumber gambar: Instagram @sherreenl

Tidak sah rasanya Tahun Baru Cina tanpa hidangan makanan yang pelbagai. Turut menggunakan iPhone 12 Mini, kesemua gambar hidangan ini berjaya diambil berbekalkan cahaya daripada tingkap sahaja.

Menerusi siri iPhone 12, pengguna bukan sahaja dapat merakam gambar dengan pantas malah setiap gambar turut diberi perincian membuatkan setiap gambar tampil lebih menyerlah.

Processed with VSCO with s2 preset
Sumber gambar: Instagram @sherreenl
Processed with VSCO with s2 preset
Sumber gambar: Instagram @sherreenl
Processed with VSCO with s2 preset
Sumber gambar: Instagram @sherreenl

3. Zarnizar

IMG_5561
Sumber: Instagram @zarnizar

Menerusi siri iPhone 12, Apple telah menawarkan dua lensa pada iPhone 12 Mini dan iPhone 12 manakala iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max hadir dengan tiga lensa.

Dilengkapi dengan lensa ultra wide dan fungsi night mode, Zarnizar yang sememangnya popular dengan hasil street photography beliau yang memukau telah mempamerkan hasil gambar yang diambil menggunakan iPhone 12 Pro Max beserta suntingan melalui aplikasi Lightroom. Hasilnya, seakan kamera profesional mahal!

IMG_5456
Sumber: Instagram @zarnizar
IMG_5452
Sumber: Instagram @zarnizar

4. Louis Gan

Screen Shot 2021-02-10 at 2.13.46 PM

Apabila tiba hari raya pastinya orang ramai yang menyambutnya ingin merakam kenangan bersama keluarga mereka. Salah satunya dengan mengambil gambar potret keluarga bersama.

Jika sebelum ini orang ramai terpaksa menggunakan kamera yang besar, kini hanya #ShotOniPhone sudah mampu menghasilkan gambar potret keluarga beserta bokeh yang cantik.

Melalui perkongsian Louis Gan, beliau turut menggunakan burst shot dalam usaha mendapatkan gambar terbaik buat anak beliau yang kerap bergerak sewaktu mengambil gambar. 

Screen Shot 2021-02-10 at 2.13.40 PM

Screen Shot 2021-02-10 at 2.13.30 PM

Lihat juga gambar yang tular sebelum ini di Sabak Bernam dan Terengganu selepas berjaya menjadi pilihan Instagram Apple.

https://www.thevocket.com/apple-sabak-bernam/

https://www.thevocket.com/giliran-gambar-pokok-kelapa-di-terengganu-pula-jadi-pilihan-akaun-instagram-apple/