Sebut mengenai model telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone pastinya orang ramai sudah membayangkan harganya yang tinggi dan premium. Walau bagaimanapun, lain ceritanya pada kali ini apabila model yang unik atau kelihatan ‘cacat’ ini melonjak harganya hanya kerana logo Apple yang terpapar pada bahagian iPhone 11 Pro ini senget.
Menerusi perkongsian Internal Archive, iPhone 11 Pro ini sanggup telah menjadi rebutan ramai serta telah berjaya terjual dengan harga sehingga $2,700 (RM11,169).
Harga penjualannya yang tinggi hanya kerana logo iPhone ini senget nampaknya telah menjadi persoalan buat para netizen. Berikut merupakan jawapan Internal Archive yang menjelaskan mengapa model ini menjadi rebutan peminat.
https://twitter.com/ArchiveInternal/status/1380566876053508097
Menerusi perkongsian, difahamkan Apple mempunyai kilang yang mementingkan penelitian produk sebelum dijual kepada para pengguna. Model yang telah berjaya ‘terlepas’ dan terjual kepada pengguna ini secara tidak langsung menjadikan model ini satu dalam 100 juta yang hadir dengan logo yang senget.
Siapa sangka, model yang terlihat ‘cacat’ juga mampu membuatkan peminat Apple sanggup mendapatkannya dengan harga yang lebih tinggi. Adakah anda merasakan model ini unik serta berbaloi untuk didapatkan dengan harga yang lebih tinggi atau sebaliknya?
Model iPhone 12 Pro Max yang tampil dengan rekaan eksklusif serta diinspirasikan oleh Masjid Nabawi ini sedia dijual dengan harga RM32,377
https://www.thevocket.com/ambil-inspirasi-dari-masjid-nabawi-iphone-12-pro-max-ini-dijual-pada-harga-rm323777/
https://www.thevocket.com/rakaman-slow-mo-air-terjun-di-pahang-pula-jadi-pilihan-instagram-apple/