Di era globalisasi ini, sudah dilihat pelbagai tugas dapat dilakukan hanya menerusi jaringan internet. Dalam pada itu, siapa sangka menghantar mesej selamat malam kepada individu tidak dikenali juga mampu menjadi sumber pendapatan buat seseorang individu.

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita dari wilayah Guangdong, China di mana beliau dilaporkan berjaya meraih lebih 30,000 yuan (~RM19,535) hanya dengan menjual teks selamat malam buat para pelanggan.

Menurut laporan daripada South China Morning Post, wanita bernama Wong Biying berusia 35 tahun ini mengenakan bayaran serendah 1 yuan (~65 sen) bagi setiap mesej yang dihantar beliau.

Wong Biying. Sumber: SCMP

Menariknya, idea yang mulai direalisasikan pada tahun 2012 selepas beliau mengiklankannya di laman Taobao ini membolehkan para pelanggan meluahkan kisah mereka agar wanita ini mampu menghasilkan teks selamat malam yang bersesuaian dengan kisah pelanggan.

Mesej yang dihantar sering kali sebuah mesej yang ringkas dan ada kalanya mampu mececah sehingga 200 patah perkataan. Selain itu, wanita ini turut memaklumkan pelanggan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pesakit kanser, kanak-kanak daripada isi rumah ibu atau bapa tunggal.

“Apabila pelanggan membuat pesanan, ramai daripada mereka akan menulis cerita mereka sendiri dan melalui setiap cerita, saya cuba menjiwainya,” katanya.

Lebih menarik, wanita ini bukan sahaja menghantar mesej selamat malam malah turut menerima permintaan daripada pelanggan dalam meminta bantuan beliau menulis mesej melibatkan permintaan kutipan hutang, kutukan buat musuh serta individu yang cuba menjejaki bekas pasangan.

Difahamkan servis yang ditawarkan nyata mempunyai permintaan yang tinggi. Sebagai rekod, beliau yang sudah lebih 10 tahun menawarkan servis ini sudah berjaya menhantar sekitar 30,000 mesej serta pernah menghantar sehinga 300 mesej dalam tempoh satu malam.

Tular pada minggu ini apabila seorang lelaki yang cosplay sebagai ‘cosplay’ sebagai Big Smoke diburu pihak polis selepas mengacu pistol di khalayak ramai.

https://www.thevocket.com/bangga-acu-pistol-di-khalayak-ramai-lelaki-cosplay-sebagai-big-smoke-diburu-pihak-polis/

https://www.thevocket.com/trend-tiktok-bakar-hutan-demi-content-di-pakistan-hancurkan-taman-negara/