Sejak akhir-akhir ini, sekiranya anda aktif dalam isu melibatkan kriptowang, pastinya anda cukup tahu di mana non-fungible token atau NFT semakin mendapat tempat di kalangan peminat.

Untuk pengetahuan, NFT merupakan suatu unit data yang telah disimpan pada lejar digital yang dikenali sebagai blockchain. NFT boleh merangkumi daripada pelbagai jenis format digital seperti gambar, video, audio dan berkaitan dengan fail digital. Pembelian sesebuah karya sekaligus menjadi pembeli sebagai pemilik karya tersebut.

Sumber: opensea

Menerusi perkembangan dunia NFT, siapa sangka Namawee selaku artis, komposer dan juga YouTuber mencipta sejarah selepas berjaya mencapai jualan mencecah 250.75ETH (~RM4.94 juta) setakat artikel ditulis menerusi karya NFT merangkumi daripada seleksi gambar dan lagu menerusi platform OpenSea.

Lebih mengejutkan ramai, Namawee berjaya mencapai jumlah jualan tersebut dalam tempoh sehari sahaja.

Sumber: opensea

Berdasarkan tinjauan pada laman OpenSea Namawee, dapat dilihat beliau banyak menawarkan karya NFT beliau yang terdiri daripada lagu dengan nombor siri yang berbeza.

Secara purata, karya NFT beliau masing-masing mulai dijual pada harga sekitar 1.55ETH (~RM30,456.06) dan menariknya terdapat karya beliau yang turut dibeli oleh pembeli pertama dengan harga yang lebih tinggi sehingga mencecah 8.88ETH (~RM174,497) untuk satu NFT.

Sumber: opensea

Beliau juga turut memuat naik perkongsian di YouTube dalam menerangkan mengenai NFT serta pemilihan dalam usaha untuk bebas daripada kawalan bank. Tahniah diucapkan atas hasil usahanya selepas berjaya meraih jumlah jualan yang tinggi menerusi penjualan karya NFT.

Tidak mustahil jumlah aset kriptowang beliau akan terus meningkat melihat kepada jumlah karya yang telah beliau mint di platform OpenSea ditambah pula dengan jumlah pembeli yang semakin meningkat.

Minggu lalu turut menyaksikan karya Sang Saka berjaya dijual pada harga RM45,880 menjadikan karya ini sebagai NFT termahal dalam sejarah Pentas.

Jualan Tertinggi Dalam Sejarah Pentas, Karya NFT ‘Sang Saka’ Terjual Dengan Harga RM45,880

6 Karya NFT Termahal Dunia Yang Berjaya Dijual Setakat Ini