Membeli siri iPhone 14 sememangnya memerlukan jumlah wang yang besar lebih-lebih lagi model versi Pro Max. Harga yang pula ditawarkan boleh mencecah lebih RM6,000.

Menerusi hantaran seorang pengguna di Facebook, beliau telah berkongsikan gambar screenshot pembayaran sebuah iPhone 14 Pro Max 256GB yang hanya berjumlah RM883.30 sahaja. Beliau mampu berbuat sedemikian kerana menebus GrabPay Points yang telah disimpan setelah sekian lama menggnakan platform tersebut.

Sumber Gambar: Facebook
Harga asal tawaran model iPhone 14 Pro Max di Malaysia untuk 256GB adalah RM6,299. Untuk mendapatkan potongan harga mencecah RM5,145.70 itu, seseorang pengguna perlukan kira-kira 893,590 points berdasarkan gambar yang dikongsikan.

Hantaran yang dikongsikan telah meraih perhatian netizen serta mencapai lebih 2,4000 perkongsian setakat artikel ditulis. Malah, terdapat netizen yang melahkan rasa teruja melihat potongan harga harga yang diterima.

Bukan itu sahaja, terdapat juga netizen yang turut bertanyakan bagaimana beliau mampu menyimpan jumlah GrabPay Points yang banyak dan terdapat juga yang berjenaka sudah mahu mulai menggunakan servis pembayaran GrabPay untuk mendapatkan mata secukupnya untuk pembelian iPhone pada masa kelak.

Sumber