Boleh dikatakan pada setiap hari anda boleh melihat rekod penjualan NFT yang cukup positif di seluruh dunia. Bahkan, sejumlah artis telah menerima manfaat dengan menjual hasil karya secara alaf baharu. Sementara peminat kripto pula menganggap bahawa ia merupakan sebuah pelaburan yang lumayan.

Akan tetapi, dapatan terbaharu yang dikeluarkan oleh platform pasaran NFT OpenSea mendedahkan bahawa hanya 28.5% daripada NFT yang dibeli semasa ditokenkan oleh artis yang membawa kepada keuntungan. Seterusnya, lebih daripada 65% NFT yang dibeli daripada pengguna lain selepas itu di pasaran sekunder menghasilkan keuntungan yang lumayan.

Sumber Gambar: Lifestyle Asia Hong Kong

Secara puratanya, hanya 1 daripada 4 NFT yang dibeli sewaktu ditokenkan boleh memberikan keuntungan kepada pemiliknya. Ini bermaksud hanya sebahagian artis sahaja yang berjaya mengutip keuntungan daripada hasil penjualan NFT sementara majoriti pemilik berikutnya bakal menjual NFT tersebut pada harga yang lebih tinggi kepada pengguna lain.

Malah, dagangan NFT dilihat mendapat lebih keuntungan dengan promosi daripada mulut ke mulut oleh komuniti dan peminat kripto sendiri terhadap projek yang sedang dibangunkan oleh artis tertentu. Seperti yang anda boleh lihat pada hari ini sejumlah karya seperti Bored Ape Yacht Club dan CryptoPunks mempunyai harga yang melonjak selepas dipopularkan oleh komuniti.

Sumber Gambar: Aroged

Pasaran untuk NFT telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat pada tahun 2021 dengan nilai transaksi mencecah lebih daripada $26.9 billion (~RM113.5 billion). Tidak hairanlah perkataan NFT dinobatkan sebagai Word Of The Year 2021.

Di Singapura, sebuah platform dagangan kriptowang telah digantung lesen kerana mempromosikan kriptowang ARMY tanpa kebenaran agensi tersebut.

Mempromosikan Kriptowang ARMY, Bitget Kini Digantung Lesen Dagangan Kripto Oleh Singapura

Pelaburan ‘Hangus’, Nilai Kriptowang SQUID Ini Junam 99% Hanya Dalam Tempoh 5 Minit