Hampir 3 Juta Pengguna MySejahtera Dikesan Masih Mendaftar Masuk Pada 1 Mei Lalu

Rakyat Malaysia dimaklumkan sudah tidak perlu mengimbas untuk mendaftar masuk akaun MySejahtera ke sesuatu premis atau lokasi bermula 1 Mei lepas. Dengan ini, aplikasi MySejahtera ini berfungsi untuk mengemukan bukti vaksinasi digital dan juga mengesan status risiko COVID-19 seseorang.

Walaupun sudah tidak diwajibkan lagi untuk ‘check in’, didapati sebanyak 2,857,054 pengguna MySJ masih mendaftar masuk pada 1 Mei lalu menerusi data yang direkodkan oleh laman Github. Dan sehari selepas 1 Mei juga menunjukkan terdapat sebanyak 1,264,470 ID pengguna MySJ yang masih berbuat sedemikian.

Sumber Gambar: Github

Secara kasarnya, jumlah penurunan mendaftar masuk sudah mencapai 60.8% yang mana pada 30 April lalu mencatatkan 7,281,285 pengguna dan menurun sehingga 2,857,054 pada hari berikutnya. Hal ini sekaligus menunjukkan sebahagian pengguna sudah terbiasa sehingga berbuat sedemikian sebaik memasuki ke sesuatu premis atau lokasi di tempat awam.

Walaupun tidak diwajibkan mendaftar masuk, pemilik bisnes atau premis masih perlu menyemak status risiko COVID-19 pengunjung yang mana masih dalam tempoh kuarantin atau pun mempunyai risiko tinggi untuk tidak memasuki premis tersebut. Anda juga boleh mengemas kini aplikasi MySj untuk ciri memantau penyakit berjangkit di sesuatu lokasi.

Selain itu, aplikasi SELangkah yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor berjaya menerima anugerah AI terbaik daripada sebuah firma Singapura baru-baru ini.

Aplikasi SELangkah Terima Anugerah AI Terbaik Untuk Teknologi Penjagaan Kesihatan

Rangkaian 3G Di Malaysia Dijangka Bakal Ditutup Sepenuhnya Menjelang Disember 2022

Sumber
Exit mobile version