Hadir Dengan Teknologi AI, ‘Smart Home’ Ini Dijual Pada Harga RM200,000

Tahun ini adalah tahun paling mencabar. Ada sebahagian daripada kita berharap untuk terbang ke angkasa dan berehat dari segala masalah dan cabaran yang ada di bumi. Mungkin sukar untuk berbuat demikian dan akan memakan kos yang sangat tinggi.

Namun, jangan risau. Sebuah syarikat dari Singapura, Nestron telah membina sebuah rumah pintar yang kelihatan seperti kapal angkasa.

Rumah pasang siap, Cube Two ini mempunyai kelebihan yang anda sendiri inginkan. Pertama, semuanya sudah siap dipasang – anda hanya perlu tunggu untuk pindah masuk sahaja. Kedua, ia juga hadir dengan teknologi AI.

Dengan 263 kaki persegi, ia adalah rumah yang cukup besar untuk pasangan yang baharu berkahwin atau mereka yang menginginkan ruang sendiri.

Nestron mempunyai beberapa idea yang cuba untuk mereka ketengahkan. Antaranya adalah mereka mahu membina rumah mampu milik dengan teknologi mesra alam yang kelihatan moden.

Sebagai contoh, bahan yang digunakan untuk membina rumah ini sesuai untuk semua jenis iklim. Selain itu, rumah ini juga dibuat daripada bahan tahan api dan gempa.

Semua rumah pintar yang dibina oleh Nestron juga hadir dengan teknologi AI. Anda hanya perlu menggunakan suara untuk mengawal pelbagai fungsi dan bahagian rumah. AI juga akan mempelajari cara hidup anda sebagai tuan rumah dari masa ke masa.

Cube Two telah dibuka untuk pra tempahan. Kos kediaman bermula pada harga $ 52,000, iaitu bersamaan dengan RM221,910.00. Tetapi ada kos tambahan untuk alat elektrik dan penghantaran. 

Terdahulu, sebuah rumah teres telah diubahsuai dengan rekaan moden dan minimalis telah viral di media sosial. Klik pautan di bawah untuk membaca.

https://www.thevocket.com/lihat-bagaimana-rumah-teres-ini-diubahsuai-dengan-rekaan-moden-dan-minimalis/

https://www.thevocket.com/kreatif-dan-unik-rumah-lama-ini-jadi-mahal-selepas-berpagarkan-iphone/

https://www.thevocket.com/hampir-30-tahun-terbiar-lihat-transformasi-rumah-pemain-kedah-fa-ini-bermodalkan-rm60000/

Sumber
Exit mobile version