Sejak mulai dilancarkan, Apple iPhone berjaya meletakkan model mereka dalam kelas tersendiri dalam menawarkan seleksi telefon pintar premium sekaligus membuatkan sejumlah besar orang ramai seluruh dunia mahu mendapatkannya.
Malah, berita-berita sebelum ini di mana para remaja sanggup melakukan apa sahaja sehingga berlapar dalam mendapatkan iPhone jelas menunjukkan jenama ini mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Terbaharu, tular di laman Twitter menerusi perkongsian @samantha_chong di mana restoran Kanna Curry House yang mempunyai beberapa cawangan di Selangor dan Kuala Lumpur tampil dengan iklan menawarkan iPhone SE.
Free iPhone after 6 months of work. Better than some law firms. 😆 pic.twitter.com/tj5RGPxhoQ
— Samantha Chong 🇲🇾🇵🇸 (@Samantha__chong) April 18, 2022
Menariknya, tawaran Apple iPhone yang sedia diberikan percuma ini bukan ditujukan buat para pelanggan sebaliknya mereka yang berminat untuk bekerja sebagai pelayan di restoran mereka.
Menerusi syarat yang dikongsikan, seseorang pelayan sedia dibayar dengan gaji RM10 buat setiap satu jam bekerja manakala Apple iPhone SE sedia diberikan buat pelayan yang berjaya bekerja selama 6 bulan.
Tawaran unik dan menarik ini jelas menarik perhatian netizen yang teruja dengan idea yang ditampilkan. Terdapat para netizen yang mencadangkan agar mereka yang sudah lama ingin menggunakan iPhone untuk bekerja di restoran ini. Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang berpendapat tawaran iPhone yang dibuat jelas menunjukkan kesukaran para majikan dalam mendapatkan pekerja pada ketika ini.
Guys for whoever wants iphone… https://t.co/RGdkPWd4CC
— abdulwahub18 (@abdulwahub181) April 18, 2022
Ini adalah petanda sukar utk cari pekerja retail zaman skrg
Owner biz bukan je terkesan dgn kenaikan kos bahan mentah, stok produk tapi juga kos recruitment dan people management
Antara benda paling mencabar adalah mencari dan menjaga Pekerja. https://t.co/KgVGyzAjxi
— Azwan AR (@eazeyezranni) April 19, 2022
Menarik juga idea ni. Tp jangan la lepas je redeem iphone. Mintak resign terus haha https://t.co/Jmbb939anh
— Azim Azemi 🇲🇾🏴 (@azimazemi) April 18, 2022
Berdasarkan carian, Kanna Curry House pada ketika ini sudah mempunyai enam cawangan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur di mana empat cawangan restoran ini terletak di Petaling Jaya.
Sekiranya terdapat anak muda yang sedang mencari tempat untuk bekerja dalam meraih pendapatan seperti yang diiklankan serta bercadang untuk mendapatkan iPhone, mungkin ini restoran yang boleh anda cuba bekerja.
Ikuti kisah lelaki ini yang kongsikan pengalaman kehilangan Apple Watch yang tertanggal sewaktu menunggang motosikal dengan klik pautan di bawah.
Pernah Tertanggal Sewaktu Menunggang Motosikal, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Kehilangan Apple Watch
Berang Bermain FIFA, Tindakan Tidak Sengaja Lelaki Ini Buatkan TV Menjadi ‘Korban’