‘Hacker’ Dari Malaysia Mengaku Serang 300 VPN Korporat Indonesia

Dua hari lalu, tular di media sosial apabila sejumlah besar laman web di Malaysia diserang penggodam dari Indonesia. Perkara ini secara tidak langsung telah memberi kesukaran buat para pengguna khususnya apabila laman web Majlis Perbandaran Kuantan yang memaparkan slipgaji pekerja turut menjadi mangsa.

Menurut laman Facebook OMGHackers, serangan yang dibuat oleh kumpulan hacker dari Indonesia ini berkemungkinan disebabkan komen pengerusi sebuah persatuan teksi di Malaysia yang dikatakan menghina pemandu GoJek di Indonesia sekitar 2019 lalu.

Lebih mengejutkan, dilaporkan lebih 200 laman web dengan domain .my dan gov.my turut menjadi mangsa serangan siber hacker dari Indonesia. Berikut merupakan antara laman web yang menjadi sasaran hacker negara seberang.

Sumber: facebook OMGHackers
Sumber: facebook OMGHackers
Sumber: facebook OMGHackers

Sebagai usaha untuk membalas dendam serangan yang dibuat kumpulan hacker daripada negara seberang, RileksCrew dan Dragon Force (DF) iaitu kumpulan hacker Malaysia yang pernah mencipta nama beberapa tahun lalu melancarkan ‘OpsGanyang’ untuk menyerang laman web Indonesia.

Sebagai permulaan, kumpulan ini telahpun menyerang 300 VPN korporat Indonesia dan dijangka serangan bakal turut menyusul tidak lama lagi. Lebih hebat, kumpulan ini turut mendedahkan senarai akses ID yang digodam.

Pada Julai lalu, Garmin mengesahkan syarikat mereka telah digodam pihak luar serta turut diugut sebanyak RM42.52 juta.

https://www.thevocket.com/garmin-sahkan-digodam-pihak-luar-serta-diugut-dengan-bayaran-rm42-52-juta/

https://www.thevocket.com/sukar-scam-rakyat-malaysia-penggodam-beralih-cari-mangsa-warga-singapura/

https://www.thevocket.com/500000-akaun-zoom-telah-digodam-dan-dijual-pada-pasaran-gelap/

Sumber
Exit mobile version