Sebut sahaja jenama Gucci, pasti ramai sudah mengetahui betapa mewah dan eksklusifnya barangan yang dikeluarkan oleh mereka. Bahkan, mereka mempunyai peminat di serata dunia serta sering berkolaborasi bersama jenama terkemuka untuk menghasilkan barangan edisi terhad.

Terkini, Gucci telah berkolaborasi bersama Xbox dengan menampilkan sedikit perubahan dan juga sentuhan rekaan jenama fesyen Itali terkemuka tersebut. Antara perubahan yang dilakukan termasuklah pada konsol, alat kawalan dan juga penambahan sebuah beg ikonik Gucci berbentuk empat segi. Konsol ini juga boleh didapatkan pada 17 November nanti.

Sumber Gambar: Gucci

Pada konsol edisi terhad kali ini, ia hadir dengan corak unik bersama gabungan abjad “GG” yang membawa maksud nama pengasas ‘Guccio Gucci’ yang juga sama dengan frasa yang sering digunakan oleh para gamer iaitu ‘Good Game’.  Selain itu, dua Xbox Controller turut mendapat sentuhan jalur Gucci yang dipatenkan pada bahagian kirinya.

Beg khusus yang disertakan bakal memudahkan pemiliknya membawa ke mana-mana dengan selamat serta penuh gaya.

Sumber Gambar: Gucci

Difahamkan konsol ini juga ditawarkan dalam jumlah yang terhad iaitu sekitar 100 unit sahaja bersama dengan nombor siri bagi setiap unit. Konsol ini bakal dijual pada tanda harga $10,000 (~RM41,0000) dengan setiap pembelian membolehkan pemiliknya mengakses Xbox Game Pass secara percuma pada tempoh yang ditetapkan.

Selain Gucci, Louis Vuitton juga sudah melancarkan speaker yang unik dan eksklusif berharga RM12,600 pada Julai yang lalu.

Louis Vuitton Lancarkan Speaker ‘Gasing Pangkah’ Berharga RM12,600

Louis Vuitton Perkenalkan Earphone Mewah Dengan Harga RM4,092

Sumber