Bila sebut Grab, ia sudah sinonim dengan servis penghantaran makanan yang digunakan secara meluas oleh pengguna tempatan. Syarikat Grab telah berjaya memasuki sejumlah besar negara di Asia Tenggara dengan menawarkan servis penghantaran makanan dan juga pembayaran digital yang dikenali sebagai GrabPay menerusi aplikasinya.

Grab sebelum ini telah memulakan operasi sebagai MyTeksi pada tahun 2012 yang diasaskan oleh dua orang rakyat Malaysia sendiri dan telah berkembang dengan jayanya sejak daripada itu. Kemudian, syarikat ini membuat penjenamaan baharu yang dikenali sebagai Grab dan beralih ibu pejabatnya ke Singapura.

Sumber Gambar: My Times

Pada hari ini, mereka telah melakar sejarah baharu selepas menerima penawaran ekuiti Amerika Syarikat terbesar yang pernah ada oleh sebuah syarikat Asia Tenggara. Dengan penyenaraian awam yang bernilai $39.6 billion (RM167 billion), saham Grab boleh didagangkan oleh orang ramai yang sekaligus menjadi suntikan dana untuk mereka memperluaskan perkhidmatan baharu.

Melalui gabungan ini juga, Grab turut memperoleh hasil sebanyak $4.5 billion (~RM19 billion), termasuk $4 billion (~RM17 billion) dalam pelaburan swasta dalam ekuiti awam. Kejayaan ini juga menjadi penanda aras baharu buat startup di Asia Tenggara untuk terus berdaya saing dan juga menjadi satu kelebihan kepada Grab dalam mempelbagaikan inovasi dan perkhidmatan baharu kelak.

Dalam tahun ini juga, pengasas Shopee telah berjaya muncul sebagai individu terkaya di Singapure selepas direkodkan kekayaan sebanyak RM82.2 billion.

Pengasas Shopee Berjaya Muncul Sebagai Individu Terkaya Di Singapura

Shopee Sedia Tawarkan Penghantaran Barangan Segar Kepada Pengguna Sekitar Lembah Klang