Sejak mula dibangunkan syarikat Grab nampaknya tidak putus daripada menerima pelaburan daripada pihak luar. Prestasinya yang semakin meningkat di sekitar Asia Tenggara membuatkan Grab baru-baru ini menerima sebuah lagi dana pelaburan daripada syarikat konglomerat dari Thailand dengan nilai $200 juta (RM819 juta).

Syarikat Central Group daripada Thailand ini menawarkan terdiri daripada beberapa rangkaian restoran, hotel serta lebih 30 pasar raya yang terdapat di Thailand, Vietnam dan Indonesia. Malah, Central Group turut dinilai dengan nilai lebih $15 bilion.

Anthony Tan. Sumber: CNBC

Berdasarkan pelaburan yang diterima, Grab bakal menjalin kerjasama bersama Central Group dalam menawarkan servis Grab Food dan perkhdimatan Grab Car kepada pelanggan Central Group. Pelaburan ini secara tidak langsung bakal memberi akses kepada Grab untuk melebarkan jaringan perkhidmatan di Thailand.

Berdasarkan laporan daripada Crunchbase, sejak 2012 Grab telahpun menerima dana sebanyak $6.8 bilion daripada para pelabur membuatkan Grab sebagai syarikat paling banyak menerima dana di Asia Tenggara. Grab kini dilaporkan bernilai sekitar $11 bilion.

Grab
Sumber: Quartz

Melihat kepada jumlah pelaburan yang tinggi, peluang Grab untuk meluaskan syarikat atau menambah model bisnes berdasarkan jumlah data pengguna yang banyak adalah sangat tinggi.

Sumber