GoPro pada minggu lalu sudah melancarkan siri Hero11 Black yang berkemampuan membawakan pengalaman videografi ke tahap yang lebih menakjubkan. Kini GoPro Hero11 Black dan GoPro Hero11 Black Mini sedia ditawarkan buat para pengguna tempatan.

Selaras dengan pengenalan siri GoPro Hero11 Black di Malaysia, pihak GoPro Malaysia juga memperkenalkan model ketiga yang dinamakan GoPro Hero11 Black Creator Edition dengan menawarkan sejumlah aksesori tambahan seperti Light Mod, Media Mod dan juga Volta Grip.

Sumber Gambar: Vocket Tech

Light Mod ini merupakan aksesori lampu tambahan untuk menambahkan sumber cahaya untuk kamera GoPro tersebut. Sementara Media Mod boleh digunakan untuk menambah padanan aksesori-aksesori seperti mikrofon dan banyak lagi.

Di samping itu, Volta grip pula boleh digunakan sebagai sebuah tripod dan juga pemegang kamera aksi tersebut. Selain itu, kamera GoPro ini turut hadir dengan bateri Enduro terbina di dalamnya untuk memberikan jangka hayat bateri tiga kali ganda lebih lama berbanding dengan apa yang ditawarkan pada GoPro Hero11 Black.

Sumber Gambar: GoPro

GoPro Hero11 Creator Edition akan ditawarkan pada harga RM3,399 bersama dengan GoPro Hero11 Black yang berharga RM2,399 yang boleh dibeli bermula hari ini. Sementara GoPro Hero11 Black Mini pula dijual dengan RM1,979 dan hanya boleh dibeli pada 25 Oktober kelak menerusi kedai rasmi kamera dan platform e-dagang.

Sumber