GoPro baru sahaja melancarkan model Hero10 Black terbaharu mereka dan kini ianya sudah ditawarkan pada pasaran Malaysia. GoPro Hero10 Black ini merupakan kemas kini daripada model sebelumnya yang dilengkapi pelbagai fungsi terbaharu dalam menawarkan pengalaman fotografi yang lebih ekstrem dengan kualiti yang lebih baik pada kali ini.

Kamera GoPro ini dilengkapi sensor sebesar 23MP yang berupaya merakam video sehingga resolusi 5.3K 60FPS atau 4K 120FPS. Cip pemprosesan G2 telah ditambah baik bagi menawarkan mod rakaman video pada resolusi tinggi dengan lebih lancar.

Dalam masa yang sama, sistem penstabilan HyperSmooth 4.0 juga berupaya menstabilkan video atau gambar yang dirakam menerusinya dengan baik.

Sumber Gambar: Techcrunch

Sistem penstabilan terbaru ini dikatakan mampu menstabilkan imej walaupun kedudukan kamera berada dalam keadaan mencondong 45° sewaktu digunakan.

Untuk mereka yang ingin pengstriman secara langsung, model ini sudah mampu menyokong resolusi sehingga 1080P. Ciri lain yang disertakan juga seperti kawalan menggunakan suara, skrin sesentuh dan ketahanan kalis air sehingga kedalaman 10 meter.

Selain daripada itu, terdapat ciri penyimpanan video ke cloud semasa mengecas kamera  yang mana bakal dikenakan caj langganan bulanan pada harga $5(~RM20) ataupun secara tahunan dengan $50 (~RM208). Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan GoPro Hero6 Black terbaru, harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah RM2,399.

Ketahui bagaimana anak Malaysia telah berjaya dipilih antara pemenang cabaran Million Dollar GoPro.

https://www.thevocket.com/video-anak-malaysia-ini-dipilih-antara-pemenang-cabaran-million-dollar-gopro/

https://www.thevocket.com/gopro-hero-9-black-dengan-sokongan-rakaman-5k-dilancarkan-dengan-harga-sekitar-rm1864/