Google kini telah mengeluarkan peraturan baharu untuk setiap pembangun yang menyediakan aplikasi di platform Google Play Store. Polisi pengiklanan baharu ini mengharamkan aplikasi yang diterbitkan menerusi Google Play Store untuk memaparkan iklan dengan berskrin penuh secara tiba-tiba ketika menggunakan aplikasi atau permainan.

Terdapat beberapa variasi bentuk iklan yang dilarang dalam aplikasi. Pertama sekali, iklan yang hadir pada permulaan atau ketika sedang bermain sesuatu permainan serta iklan yang dipaparkan sebelum sesuatu aplikasi dimulakan tidak dibenarkan lagi. Selain itu, iklan yang dipaparkan secara tiba-tiba dalam bentuk skrin penuh turut diharamkan selepas ini.

Sumber Gambar: Google

Bagaimanapun, iklan berskrin penuh dengan kehendak pengguna boleh dilakukan sebagai contoh untuk melihat iklan bagi mendapatkan ganjaran dalam permainan. Pengharaman ini adalah dalam usaha memastikan pengalaman yang baik dan format pengiklanan ini akan diimplemen kepada semua aplikasi yang tersedia menerusi Google Play store.

Perubahan ini bakal diimplementasi sepenuhnya bermula 30 September 2022 ini.  Jadi selepas ini, anda boleh menggunakan aplikasi atau bermain permainan mudah alih dengan lebih lancar dan menyeronokkan tanpa sebarang gangguan iklan.

Bercakap mengenai aplikasi, Instagram baru sahaja menangguh pengenalan ciri seakan TikTok setelah dikritik teruk oleh pengguna.

Ekoran Dikritik Teruk Oleh Pengguna, Instagram Tidak Jadi Perkenalkan Ciri Seakan TikTok

Facebook Dilaporkan Alami Penyusutan Pendapatan Buat Pertama Kalinya

Sumber