Sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna telefon pintar tidak kira pengguna iOS atau Google untuk menyimpan gambar dan video mereka pada aplikasi Google Photos. Kebolehan untuk mengumpul, menyunting serta mudah untuk membuat backup antara yang membuatkan Google Photos menjadi pilihan ramai.

Walau bagaimanpun, aplikasi daripada Google ini juga tidak terlepas daripada masalah teknikal apabila terdapat sebahagian video peribadi pengguna dilaporkan tersebar tanpa sedar serta diterima oleh beberapa pengguna yang tidak dikenali.

Difahamkan kes ini berlaku apabila sistem Google mempunyai masalah untuk dimuat naik sekaligus membuatkan video tersebut dihantar ke pengguna yang lain. Kes yang berlaku pada 21 sehingga 25 November 2019 ini sekaligus membuatkan para pengguna skeptikal dengan servis daripada Google meskipun sudah diselesaikan oleh pihak mereka.

Menurut laporan 9to5Google, cuma 0.01% pengguna yang terlibat dengan masalah teknikal ini namun melihatkan kepada jumlah pengguna Google melebihi 1 bilion pastinya jumlah mangsa yang terlibat adalah tinggi.

google_photos_ios_1
Sumber: 9to5Google

Berdasarkan kepada isu yang berlaku, mungkin ada baiknya untuk tidak menyimpan sebarang video atau gambar yang mampu memberi aib sekiranya tersebar meskipun dengan secara tidak sengaja.

Ketahui juga bagaimana lelaki ini berjaya menipu Google Maps dengan menghasilkan traffic jam palsu.

https://www.thevocket.com/lelaki-ini-berjaya-menipu-google-maps-dengan-menghasilkan-traffic-jam-palsu/

https://www.thevocket.com/huawei-masih-berharap-dapat-gunakan-servis-daripada-google-jika-tidak-disekat/