Google Pixel 4 XL Sudah Mula Dijual Di Malaysia Sebelum Pelancaran Rasmi

Sudah menjadi kebiasaan buat telefon pintar flagship akhir-akhir ini dimana kerap tertiris rekabentuk atau spesifikasi sebelum pelancaran rasmi.

Walau bagaimanapun, lain ceritanya dengan Google Pixel 4 XL yang bukan sahaja tertiris, malah sudah mula dijual hampir sebulan sebelum pelancaran rasmi. Lebih mengejutkan, pembeli di Malaysia juga sudah boleh mendapatkannya dengan lebih awal dimana set yang ditawarkan merupakan set daripada waranti Google Amerika Syarikat.

Sumber: androidauthority

Dari segi spesifikasi, Google Pixel 4 XL dilengkapi dengan processor Snapdragon 855, RAM 6GB beserta ruang storan 128GB. Skrin 6.23-inci tanpa takuk dengan paparan OLED beserta refresh rate 90Hz ‘Smooth Display’ antara yang membuatkan model ini menjadi rebutan.

Google turut menjanjikan kualiti kamera yang lebih baik pada model ini berbanding Pixel 3 XL. Setakat ini, masih belum terdapat sebarang sampel gambar yang dikongsi melalui model ini. Berdasarkan ulasan awal, dikatakan fungsi pengimbas wajah seakan FaceID yang tersedia di Google Pixel 4 XL adalah lebih pantas daripada iPhone XS.

Berdasarkan tinjauan awal, Google Pixel 4 XL sudah mula dijual di Malaysia dengan tanda harga RM4,999 sehingga RM5,499. Harga yang ditawarkan adalah harga yang diletakkan penjual bagi sebuah telefon pintar yang belum dilancarkan secara rasmi.

Kami kongsikan beberapa artikel berkaitan telefon pintar yang sedang menjadi perhatian ramai ketika ini. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

https://www.thevocket.com/tonton-kehebatan-motion-sense-yang-bakal-tersedia-pada-google-pixel-4/

https://www.thevocket.com/miliki-huawei-nova-5t-smartphone-paling-bergaya-2019-esok/

https://www.thevocket.com/jualan-apple-iphone-11-tidak-laku-di-china/

Exit mobile version