Google Pixel 2 Dan 2XL Dihentikan Penjualan Secara Rasmi

Google telah menghentikan penjualan 2 model telefon pintarnya iaitu Pixel 2 dan Pixel 2 XL setelah 18 bulan di pasaran. Pastinya buat anda yang ingin membeli model tersebut akan kecewa dengan berita ini.

Malah, hanya model Pixel 3 dan Pixel 3 XL yang dijual pada laman web Google Store dan berikutan itu model Pixel 2 dan Pixel 2 XL tidak lagi terdapat dalam laman web. Walaupun tiada pengumuman rasmi yang dibuat oleh pihak Google, tapi apa yang berlaku ini seperti mengesahkan hal tersebut.

Sebelum ini, Google memberikan diskaun untuk pembelian kedua-dua model tersebut pada sambutan hari kekasih yang lalu. Anda mungkin hanya boleh mendapatkan 2 model tersebut pada pihak ketiga.

Sumber
Exit mobile version