Google baru sahaja mengumumkan versi terbaru Android Q versi beta yang mempunyai pelbagai ciri baru yang akan dikeluarkan untuk semua Google Pixel serta 15 peranti yang lain.

Kemaskini Android Q beta ini akan menawarkan beberapa ciri seperti tema gelap yang mengaktifkan seluruh sistem operasi, gesture yang baru dan sebagainya. Difahamakan Android Q turut menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih stabil buat para pengguna berbanding sebelum ini.

Sekiranya anda merupakan pengguna Google Pixel atau peranti yang menyokong kemaskini awal daripada Google ini anda boleh mendapatkannya. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan supaya memuat turun versi beta terbaru ini setelah ianya rasmi dilancarkan kerana sistem operasi untuk versi terbaru ini masih belum stabil sepenuhnya.