Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Google selaku pelayar utama pengguna dalam menawarkan akses kepada sejumlah web yang tersedia di internet. Antara laman yang menjadi rujukan ramai sudah semestinya Wikipedia untuk mendapatkan informasi terperinci berkaitan sesuatu perkara.

Terbaharu, Google bersetuju membayar Wikipedia untuk kandungan yang dipaparkan pada enjin carian mereka. Difahamkan ini juga sebahagian daripada trend yang semakin meningkat bagi syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat itu membuat penjanjian komersial dengan syarikat web lain.

Sumber Gambar: The Indian Express

Wikimedia Foundation iaitu badan amal yang menyelia ensiklopedia dalam talian berkata Google menjadi pelanggan pertama yang membayar bagi kerjasama komersialnya bersama Wikimedie Enterprise yang dilancarkan tahun lepas.

Wikipedia telah menjadi salah satu web yang paling banyak dikunjungi di dunia yang mana boleh digunakan secara percuma, dikemas kini oleh sukarelawan dan bergantung pada derma untuk terus bertahan selama ini.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Dengan kerjasama ini, Google akan menggunakan kandungan daripada Wikipedia untuk panel pengetahuan pada sisi bar yang terletak di hasil carian utama. Hal ini kerana terdapat sebahagian carian sumber maklumat yang tidak ditunjukkan sehingga menerima aduan daripada pihak Wikimedia.

Setakat ini, masih tidak didedahkan nilai kontrak di antara kedua-dua syarikat tersebut. Apa yang pasti, ini merupakan kerjasama rasmi yang mana sebelum ini pihak Google dilihat memberi wang menerusi geran atau derma sebagai sokongan kepada pihak Wikipedia.

Baru-baru ini, pihak Microsfot telah menamatkan perkhidmatan Intenet Explorer selepas berbakti selama 27 tahun.

Berbakti Selama 27 Tahun, Internet Explorer Kini Ditamatkan Secara Rasmi

Sebahagian Besar Perniagaan Di Jepun Masih Bergantung Dengan Internet Explorer

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group