Tempoh hari Google telah mengumumkan menarik kebenaran Huawei untuk menggunakan sokongan Android pada kesemua peranti telefon tersebut. Kini setelah beberapa ketika membuat penilaian semula, Google kini sedang mencuba untuk membuat rayuan semula kepada pentadbiran Trump untuk meneruskan perniagaan bersama syarikat dari China itu.

Google menyuarakan kebimbangan kepada pentadbiran Trump bahawa risiko keselamatan akan bertambah tinggi sekiranya Huawei berjaya menggunakan teknologi perisian sendiri. Hal ini disebabkan jika hubungan perniagaan bersama Huawei dihentikan, akan wujudnya 2 versi Android iaitu versi asli dan hybrid. Versi hybrid dikatakan akan menghadapi lebih banyak bugs atau masalah berbanding versi asli.

Opinion-Google-and-Huawei-Ties-780×405

Sebelumnya kerajaan pimpinan Trump telah bersepakat untuk meletakkan Huawei dalam senarai entity list, menyebabkan Huawei terpaksa meminta kebenaran kerajaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang urusan. Walau bagaimanapun, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kemudian mengeluarkan satu lagi arahan yang membenarkan tempoh penggantungan pembekuan 3 bulan sebelum arahan ini dilaksanakan sepenuhnya.