Nama HUAWEI mungkin sudah tidak gah seperti sebelum ini lagi sejak diboikot daripada menggunakan Google Mobile Services. Namun begitu, mereka masih giat membangunkan perisian dan juga peranti baharu untuk terus bersaing di dalam pasaran hari ini.

Terbaharu, sudah kedengaran spekulasi yang mendakwa Google bakal menggunakan pelancar sistem fail untuk sistem operasi Android 13 kelak yang dibangunkan oleh HUAWEI. Sistem yang dinamakan Enhanced Read-Only (EROFS) ini asalnya dibangunkan oleh jurutera bernama Xiang Gao ketika bekerja di HUAWEI.

Sumber Gambar: Twitter

EROFS dikatakan sistem yang akan dapat menawarkan kepantasan dan penjimatan ruang storan berbanding sistem fail Android yang digunakan ketika ini. Malah, EROFS yang dibangunkan oleh HUAWEI ini menjadi salah satu elemen penting Linux yang merupakan asas utama kepada sistem Android.

Meskipun, HUAWEI disenarai hitam oleh Amerika Syarikat sehingga kini, teknologi EROFS masih kekal berada di dalam telefon pintar Android. Pada kali ini, Google turut merancang mahu menjadikan EROFS sebagai sistem fail utama bagi teras sistem operasi Android.

Sementara itu, Bill Gates baru-baru ini telah berkongsi tentang peranti yang digunakan untuk seharian dan sebab dipilih.

Bill Gates Pilih Guna Samsung Galaxy Fold3 Berbanding Microsoft Surface Duo 2

Bill Gates Tolak Melabur Pada Kriptowang Kerana Tidak Memberi Nilai Kepada Orang Ramai