Google Dijangka Rugi RM1.78 Bilion Selepas Menghalang Huawei Menggunakan Android

Jika minggu lalu ramai yang mula menganggarkan kerugian Huawei kerana tidak lagi dapat menggunakan servis Google dan Android, pada kali ini nampaknya sistem operasi popular, Android bakal turut mengalami nasib yang sama berikutan jumlah pengguna Huawei yang ramai seluruh dunia.

Berdasarkan laporan TechDator, meskipun keputusan untuk menghalang sebarang dagangan bersama syarikat Huawei dibuat oleh Donald Trump, Google serta syarikat-syarikat lain tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya.

Sumber: Cnet

Hasilnya, Google secara purata tahunan bakal kehilangan $425 juta (RM1.78 bilion) berikutan tiada lagi sokongan Android pada telefon pintar terbaru Huawei.

Dikatakan jumlah kerugian berikutan keputusan yang dibuat Donald Trump ini walaubagaimanapun tidak memberi kesan jangka masa panjang buat Google memandangkan syarikat ini optimis orang ramai akan mula beralih kepada jenama lain yang menggunakan servis Google dan Android.

Baca lagi: Celcom Tawarkan Pakej Beli Satu Percuma Satu Bagi Huawei P30

Sumber
Exit mobile version