Google Bakal Tamatkan Pengeluaran Pixel 4A 5G Dan Pixel 5 Tahun Ini

Baru sahaja dilancarkan model Pixel 5A dengan spesifikasi yang menarik pada harga berpatutan dan kini model Pixel 4A 5G dan Pixel 5 yang masih belum mencecah usia setahun di pasaran bakal ditamatkan pengeluaran pada tahun ini.

Pengesahan ini telah dibuat oleh jurucakap Google kepada Digital Trends di mana syarikat ini menjangkakan stok bagi kedua-dua model tersebut akan dihabiskan untuk tempoh beberapa minggu lagi. Ini bukanlah perkara yang mengejutkan, memandangkan model Pixel 5A sebagai pengganti kepada Pixel 4A dalam menawarkan spesifikasi yang lebih baik.

Sumber Gambar: Techzine

Google menyedari akan spesifikasi model Pixel 5 yang tidak berada di dalam kelas flagship, oleh itu penamatan dilihat untuk memberikan fokus yang lebih kepada tawaran yang mampu bersaing dengan peranti premium lain keluaran Samsung dan Apple. Pengenalan peranti flagship oleh Google iaitu Pixel 6 dan 6 Pro dijangka akan berlangsung sekitar September atau November kelak.

Memandangkan Google sudah lama tidak bersaing di dalam kelas premium sejak beberapa tahun kebelakangkan ini, ramai beranggapan bahawa model Pixel 6 dan 6 Pro akan ditawarkan pada tanda harga yang lebih mahal berbanding tawaran sedia ada.

Kemungkinan besar harga yang bakal ditawarkan pada model terbaru ini melebihi daripada RM3,300 kerana penggunaan cip tersendiri daripada Google iaitu Tensor serta beberapa ciri yang menarik disertakan sekali. Sama-sama kita nantikan pengenalan model Pixel 6 dan Pixel 6 Pro ini dalam beberapa bulan lagi.

Pada awal bulan ini, Google telahpun mendedahkan beberapa spesifikasi model terbaru iatu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.

Google Dedahkan Dua Buah Model Terbaru Mereka Iaitu Pixel 6 Dan Pixel 6 Pro

Google Secara ‘Tidak Sengaja’ Dedahkan Nama Model Pixel Keluaran 2021

Sumber
Exit mobile version