Siapa sangka kriptowang yang bermula dengan sekadar memecoin iaitu Dogecoin pada 8 tahun lalu mulai menjadi token berharga sejak manusia terkaya dunia, Elon Musk mulai memberi perhatian terhadapnya. Sebagai rekod, kriptowang ini terus mencapai peningkatan dalam tempoh setahun terakhir sebanyak 2,185%.

Terbaharu, Elon Musk pada hari ini sekali lagi menjadi sebab utama Dogecoin mengalami peningkatan harga selepas mengumumkan menerusi laman Twitter di mana Tesla akan sedia menerima Dogecoin untuk pembelian merchandise Tesla.

Pengumuman ringkas tersebut nampaknya telah membuatkan Dogecoin meningkat sebanyak 11% dan secara tidak langsung membuatkan memecoin ini mempunyai penggunaannya yang tersendiri secara jelas.

Untuk pengetahuan, Elon Musk merupakan antara individu yang berpengaruh dalam kriptowang di mana pengumuman daripada beliau mampu meningkatkan atau menurunkan nilai pasaran kriptowang. Beliau pada tahun lalu turut mengumukan pembelian Tesla menerusi Bitcoin yang seterusnya menjadi ikutan syarikat-syarikat yang lain.

Tular pada minggu ini apabila lelaki ini memilih untuk menjadikan selfie beliau yang diambil setiap hari sepanjang 5 tahun sebagai NFT.

Jadikan Gambar Sebagai NFT, ‘Selfie’ Harian Lelaki Ini Laris Selepas Tular Di Twitter

6 Artis Tempatan Yang Sudah Terlibat Dalam Dunia NFT