Sekiranya anda berpendapat gambar dengan paling banyak like berjaya dipegang oleh para selebriti terkenal dunia, anda mungkin silap. Melalui laporan terbaru, rekod terbaru gambar terbanyak menerima like di Instagram adalah sebuah gambar sebiji telur.

Lebih menghairankan gambar ini dibuat oleh sebuah akaun bukan selebriti yang baru sahaja diperkenalkan pada 5 Januari lalu. Dalam erti kata lain, cuma seminggu lebih sahaja diperlukan akaun ini untuk menandingi gambar dengan like terbanyak sebelum ini iaitu Kylie Jenner. Usaha akaun ini untuk mendapatkan takhta penerima like terbanyak Instagram juga tanpa disangka turut mendapat sambutan seluruh dunia.

Screen Shot 2019-01-14 at 10.11.02 AM

Melalui kejayaan yang diperoleh, laman Instagram ini telah mengubah bio mereka kepada pemegang rekod paling banyak menerima like di Instagram. Selain itu, akaun Instagram ini telahpun mempunyai 1.7 juta pengikut selepas 10 hari. Setakat ini, masih lagi menjadi misteri siapakah disebalik pemilik akaun ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber