Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kini menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap penyedia perkhidmatan internet yang gagal memberikan servis berkualiti kepada pelanggannya.

Penyedia perkhidmatan yang gagal berbuat sedemikan akan berdepan hukuman mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekaligus. Pendekatan agresif terhadap penyedia perkhidmatan agar dapat memberikan servis internet yang bermutu kepada pengguna.

MCMC juga memaklumkan mereka akan melaksanakan audit perkhidmatan jaringan sistem internet di semua kawasan di setiap negeri seperti yang diarahkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM). Sebelum ini juga terdapat gesaan oleh K-KOMM supaya MCMC lebih tegas terhadap syarikat telekomunikasi untuk tawarkan servis yang lebih baik.

Selain daripada itu, Menteri turut meminta MCMC menggunakan pendekatan baharu dalam menyelesaikan masalah pengguna berhubung capaian dan prestasi syarikat telekomunikasi dan bukan hanya sekadar ambil laporan dari penyedia perkhidmatan semata-mata.

Selain itu, Kementerian Pendidikan juga dalam proses menyiapkan kertas kerja untuk akses internet yang lebih baik di sekolah.

Kementerian Pendidikan Dalam Proses Siapkan Kertas Kerja Untuk Akses Internet Meluas Di Sekolah

JENDELA Laporkan Menerima Sekitar 200,675 Aduan Berkaitan Masalah Internet Sepanjang 2021