Sebut mengenai industri telefon pintar, umum tahu jenama Apple dan Samsung antara seteru utama dalam industri ini. Berjaya menjadi pilihan pengguna sejak sedekad lebih ditambah pula dengan isu saman menyaman antara yang membuatkan dua jenama ini sering dikaitkan pengguna dan media.

Di sebalik isu saman yang dikenakan, mungkin ada yang tidak tahu kedua-dua jenama ini juga turut bekerjasama dimana paparan OLED yang tersedia pada iPhone disediakan oleh pihak Samsung. Difahamkan paparan Samsung yang berkualiti tinggi antara yang membuatkan Apple menjadikan Samsung sebagai pilihan.

iphonex-front-crop-top-corner-splash

Terbaharu, selepas beberapa tahun sepi tanpa sebarang isu melibatkan saman, Apple dilaporkan terpaksa membayar penalti kepada Samsung sebanyak $1 bilion (RM4.14 bilion). Semuanya disebabkan Apple melanggar perjanjian dalam memesan jumlah paparan daripada Samsung lebih rendah daripada yang dijanjikan.

Pesanan paparan OLED yang rendah daripada Apple juga turut dikaitkan dengan pengurangan pengguna membeli iPhone sejak wabak COVID-19 mulai merebak sejak awal tahun ini.

Samsung iPhone

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Samsung menyaman Apple begitu juga dengan syarikat Samsung yang pernah beberapa kali disaman oleh Apple. Walau bagaimanapun, urusan bisnes antara dua syarikat ini tetap berjalan sehingga kini.

Sekitar dua tahun lalu, Apple dan Samsung pernah disaman kerana didakwa sengaja melembabkan telefon pintar model lama pengguna. Turut dikongsikan, duta Samsung Rusia yang disaman setelah dilihat menggunakan iPhone.

https://www.thevocket.com/apple-dan-samsung-disaman-kerana-sengaja-melembabkan-telefon-pintar-lama/

https://www.thevocket.com/duta-samsung-rusia-disaman-kerana-apple-iphone/