Sudah pun meniti beberapa bulan berkaitan pembelian Twitter oleh Elon Musk yang masih tergendala. Sebelum benar-benar mendapatkan Twitter dibawahnya, beliau mahu memastikan permasalahan akaun palsu mestilah dapat diatasi terlebih dahulu.

Perkembangan tergempar yang baru sahaja dilaporkan tentang Elon Musk di mana beliau telah menfailkan kepada bursa di Amerika Syarikat untuk membatalkan perjanjian pengambil alihan Twitter.

Beliau memaklumukan pembatalan pengambil alihan ini adalah kerana Twitter yang gagal dalam menawarkan informasi secukupnya berkenaan dengan akaun palsu pada platform tersebut.

Sumber Gambar: BBC

Sebelum ini, Elon Musk telah menawarkan diri untuk membeli Twitter pada nilai mencapai $44 bilion (~RM194.7 bilion). Sejak ia diumumkan, Elon Musk dilihat telah berkali-kali menyerang Twitter berkenaan dengan masalah akaun palsu yang mungkin boleh disemak sebelum melakukan pra-pembelian.

Dalam masa yang sama, Twitter juga membalas berkali-kali menindakkan apa yang diperkatakan oleh Elon Musk. Malah, syarikat Twitter turut memberi akses eksklusif untuk beliau melakukan semakan secara terperinci dan juga menyatakan telah memadam sejuta akaun spam pada setiap hari.

Berdasarkan perjanjian pembelian asal, Elon Musk perlu membayar Twitter sebanyak $1bilion (~RM4.4 bilion) sekiranya membatalkan perjanjian pengambil alihan ini. Tetapi tidak hairan juga jika Elon Musk mahu mencipta media sosial sendiri dalam menawarkan kebebasan bersuara untuk semua orang.

Tular sebelum ini Elon Musk mengatakan beliau tidak pernah menyuruh orang ramai melabur dalam kriptowang.

“Saya Tidak Pernah Kata Orang Ramai Perlu Melabur Pada Kriptowang”- Elon Musk

Didakwa Menipu Dalam Skim Piramid Doge Coin, Elon Musk Disaman Dengan Nilai RM1.1 Trilion