SKMM pada hari ini telah memberikan kelulusan kepada pihak Celcom dan Digi dalam meneruskan penggabungan kedua-dua syarikat gergasi ini menjadi satu identiti baharu. Dalam pada itu, terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak ini.

Antara yang berbangkit adalah berkaitan dengan operasi Syarikat Yoodo. Seperti yang kita sedia maklum, Yoodo merupakan sebuah jenama di bawah Celcom. Menerusinya, pengguna boleh mencipta pelan yang dimahukan secara fleksibel yang mana mempunyai sejumlah pelanggan di serata Malaysia.

Sumber Gambar: MCMC

Oleh itu, SKMM meminta untuk jenama Yoodo dijual menerusi bidaan jualan dalam tempoh 18 bulan selepas selesai proses gabungan Celcom dan Digi. Sekiranya didapati gagal untuk menjualnya, maka operasi Yoodo perlu ditamatkan selepas tiga bulan tamatnya tempoh yang pertama tersebut.

Selepas jenama Yoodo ditamatkan, syarikat Celcom dan Digi tidak boleh menghidupkan kembali jenama berkenaan pada masa kelak. Syarikat Celcom dan Digi juga sama sekali tidak dibenarkan menyerap pelanggan Yodoo sesuka hati. Jadi, buat pelanggan Yodoo diingatkan agar sudah merancang untuk mencari perkhidmatan lain agar tidak mengalami masalah pada masa hadapan.

Kemas kini 30 Jun 2022: Menerusi laporan terbaru yang dikeluarkan pihak Yoodo, syarikat ini akan terus beroperasi seperti biasa serta bakal menambah beberapa penawaran terbaru buat para pengguna.

Sementara itu, Perak sasarkan mahu membina 98 tapak rangkaian 5G sekitar Ipoh untuk menjadi bandar termaju dengan internet berkelajuan tinggi.

Perak Sasarkan 98 Tapak Rangkaian 5G Menjelang Oktober 2022

Kerajaan Pulau Pinang Sudah Mulakan Ujian 5G Di Tiga Lokasi Sekitar George Town

Sumber