Sejak kebelakangan ini, dapat dilihat lambakan model komputer riba telah dilancarkan daripada pelbagai jenama di mana masing-masing mahu menghasilkan komputer riba yang berspesifikasi tinggi bagi memenuhi citarasa pengguna.

ASUS juga nampaknya tidak ketinggalan dan pada kali ini jenama ini tampil berbeza daripada kebiasaan dengan menawarkan sebuah model yang cukup unik menerusi model ASUS Vivobook 13 Slate OLED. Mengulas mengenai keunikan, berikut merupakan 7 sebab yang membuatkan model ini tampil berbeza berbanding model-model komputer riba lain di pasaran.

1. Boleh dijadikan sebagai komputer riba mahupun tablet

Menariknya mengenai model ini adalah para pengguna berpeluang menjadikannya sebagai komputer riba mahupun sebuah tablet. Saiznya yang ideal dan ringan membolehkan anda menggunakannya bagi menyelesaikan tugasan harian sebagai komputer riba serta beralih untuk menonton Netflix atau bermain game secara terus menerusi mood tablet.

Hadir dengan saiz skrin 13-inci sekaligus memastikan pengguna mendapatkan pengalaman tontonan yang terbaik menerusi paparan OLED. Selain itu, para pengguna berpeluang menggunakannya tanpa sambungan keyboard yang tersedia.

2. Ditawarkan bersama ASUS Pen 2.0 stylus

Turut ditawarkan bersama adalah ASUS Pen 2.0 stylus yang membantu pengguna dalam menulis nota secara terus pada model ini. Dalam erti kata lain, pengguna berpeluang mencatat nota atau melukis secara terus pada model ini tanpa sebarang masalah. Oh ya, ASUS Pen 2.0 stylus sedia ditawarkan secara percuma menerusi pembelian ASUS Vivobook 13 Slate OLED ini. Menarik bukan?

3. Dilengkapi dengan skrin paparan OLED yang memukau

Sekiranya anda seorang pengguna yang mementingkan kualiti skrin, model daripada ASUS adalah jawapannya. Begitu juga dengan model ASUS Vivobook 13 Slate OLED yang menawarkan saiz skrin 13.3-inci 16:9 dengan paparan OLED HDR beserta kecerahan 550 nits.

Sokongan PANTONE beserta 100% DCI-P3 color gamut sekaligus menjanjikan paparan terbaik buat para pengguna. Selain itu, para pengguna juga akan kurang terdedah kepada masalah mata kering sewaktu menonton skrin dalam tempoh yang panjang.

Semua ini berjaya dilakukan menerusi teknologi ASUS yang mampu mengurangkan pancaran cahaya biru sebanyak 70% membuatkan anda lebih selesa untuk menonton pada skrin meskipun untuk tempoh yang panjang.

4. Menawarkan spesifikasi yang berbaloi

Dari segi spesifikasi, ASUS Vivobook 13 Slate OLED dilengkapkan dengan processor terbaru daripada Intel iaitu Intel® Pentium® Sliver N6000, 8GB RAM DDR4 beserta SSD sehingga 256GB. Selain itu, penawaran dua port USB-C, 3.5mm audio jack dan microSD reader antara yang tersedia.

Spesifikasi yang ditawarkan untuk pengetahuan sudah cukup buat baik sekiranya anda sekadar menjalankan tugas untuk melibatkan media sosial atau menjalani aplikasi penstriman tanpa melibatkan tugasan melibatkan aplikasi yang berat.

5. Tawarkan teknologi ASUS Quick Charge

Membincangkan soal model memfokuskan produktiviti, pastinya para pengguna mendambakan sebuah model yang tidak perlu menunggu lama untuk dicas. Hal ini pastinya memudahkan pengguna khususnya buat mereka yang kerap menjalankan tugas tanpa mengira tempat.

Menerusi model ASUS Vivobook 13 Slate OLED, model ini dilengkapkan dengan ASUS Quick Charge di mana model ini hanya mengambil masa sekitar 39 minit sahaja untuk mengecas daripada 0% ke 60% menerusi pengecas 65watt yang ditawarkan.

Selain itu, para pengguna juga berpeluang mengecas model ini dengan hanya menyambungnya bersama powerbank menerusi penggunaan kabel USB-C. Mudah bukan?

6. Sokongan dwi-kamera
Sumber: PC mag asia

Membincangkan soal kamera, agak sukar untuk kita dapatkan sebuah komputer riba yang dilengkapkan dengan kamera yang memiliki kualiti yang baik. Dalam pada itu, ASUS mengambil pendekatan yang berbeza dengan bukan sahaja menawarkan satu kamera, malah dua kamera buat para pengguna menerusi model ini.

ASUS Vivobook 13 Slate OLED dilengkapkan dengan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang beserta 5-megapixel pada bahagian hadapan. Pastinya tiada masalah lagi untuk anda menggunakan aplikasi Zoom, Google Meet dan sebagainya dalam mendapatkan kualiti gambar atau video yang memuaskan.

7. Harga yang berbaloi

Mengulas dari segi harga, ASUS Vivobook 13 Slate OLED sedia ditawarkan bermula 25 Januari 2022 ini dengan harga bermula daripada RM3,499. Para pengguna berpeluang mendapatkannya menerusi laman rasmi ASUS serta pengedar rasmi ASUS.

Sebuah harga yang berbaloi melihatkan penawaran yang ditawarkan. Pengguna bukan sahaja menerima sebuah komputer riba malah sebuah tablet bersama yang dilengkapkan dengan ASUS Pen 2.0 stylus.

Sekiranya anda merupakan pengguna yang memerlukan komputer riba dan juga tablet dalam menjalankan tugas harian serta mahu mendapatkan hanya satu model yang versatil beserta harga yang berbaloi, ASUS Vivobook 13 Slate OLED adalah jawapannya.

Ikuti juga barisan model terbaru yang dilancarkan ASUS baru-baru ini menerusi acara CES 2022.

Futuristik Dan Inovatif, Ini Barisan Model Terbaru ASUS Yang Dilancarkan Sempena CES 2022

Paparan Jelas Dan Terang, Ini Antara 5 Sebab Komputer Riba OLED Menjadi Pilihan