Setelah mengambil alih Waze enam tahun lalu, Google kini telah menambah baik aplikasi mereka iaitu Google Maps dengan fungsi sama yang terdapat di dalam aplikasi Waze.

Sejak 2018 lagi Google telah menambah fungsi di mana orang ramai boleh melaporkan kemalangan, perangkap kelajuan dan keadaan traffic secara terus dari telefon mereka. Fungsi ini telah menjadi salah satu fungsi yang paling popular di Android, dan akan diperluaskan ke iOS.

Sumber: Google Image

Menurut Google, pihak mereka akan memperkenalkan kemampuan membuat laporan lain seperti; pembinaan jalan raya, penutupan laluan, kereta yang berhenti di tepi jalan atau juga halangan-halangan seperti cebisan dari kemalangan. Pengguna hanya perlu tekan ikon “+” dan pilih Add to report.

Fungsi ini akan diedarkan secara global bermula pada minggu ini. Pengguna boleh mengemas kini aplikasi Google Maps di peranti masing-masing dengan mengakses Google Play Store untuk pengguna Android atau App Store untuk pengguna iPhone.

Terdahulu, Google Maps menambah fungsi navigasi suara bagi membantu orang cacat penglihatan untuk sampai ke destinasi dengan lebih selamat. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

https://www.thevocket.com/google-maps-bantu-orang-cacat-penglihatan-tiba-ke-destinasi-dengan-lebih-mudah/

https://www.thevocket.com/rakyat-malaysia-lebih-cenderung-gunakan-google-maps-berbanding-waze/

Sumber