Platform penghantaran makanan di Malaysia, foodpanda, telah memperkenalkan perkhidmatan penghantaran barang runcit terbarunya, pandamart – perkhidmatan penghantaran atas permintaan untuk barangan runcit, barang keperluan rumah, produk kecantikan, barangan segar dan juga ubat-ubatan di kaunter yang dihantar terus dari gudang mereka sendiri.
pandamart menawarkan kemudahan penghantaran lebih daripada 3,500 produk penting harian kepada pelanggan yang dihantar terus ke depan pintu anda dalam masa 20 minit dengan harga yang kompetitif dan kualiti yang terjamin.
Pengarah dark stores foodpanda Malaysia, Ashutosh Gandhi, berkata, “Quick Commerce (atau q-commerce) adalah e-dagang generasi baru – di mana ia menyediakan penghantaran yang cepat, dengan masa penghantaran secepat 20 minit pesanan daripada pandamart. Kami kini telah memasuki era q-commerce, selari dengan gaya hidup dan pilihan pengguna di seluruh dunia. Kepantasan dan kemudahan kini menjadi lebih penting berbanding sebelum ini.”
https://www.instagram.com/p/CIkIINIHUGp/
pandamart menawarkan pelbagai jenis produk – lebih daripada 3,500 item dari 100 jenama antarabangsa dan tempatan untuk memenuhi semua keperluan harian anda termasuklah roti dan telur segar, ayam atau sayur-sayuran segar, lampin atau susu formula dan banyak lagi.
pandamart kini, boleh didapati di 25 lokasi sekitar Lembah Klang, Penang dan Johor. Untuk mengetahui sama ada pandamart ada di lokasi anda atau tidak, pergi ke aplikasi foodpanda dan tekan ‘Shops’.
Penghantaran percuma tersedia dalam tempoh empat bulan pertama pembukaan pandamart baru sementara caj penghantaran akan sekitar antara RM1 hingga RM2.00 selepas tempoh tersebut. Jika anda tidak sempat untuk beli barang keperluan, pandamart sahaja selepas ini dan mereka akan hantar terus ke rumah anda.
Sebelum ini tular seorang rider yang menghantar makanan dengan motosikal Harley Davidson. Baca lagi pada pautan di bawah.
https://www.thevocket.com/rider-foodpanda-buat-pelanggan-terkejut-hantar-makanan-guna-harley-davidson/
https://www.thevocket.com/pernah-bekerja-sebagai-penulis-dan-miliki-kereta-kancil-ebit-lew-kongsi-kisah-aunty-foodpanda/
https://www.thevocket.com/daripada-gaji-enam-angka-kepada-rider-foodpanda-lelaki-ini-terpaksa-tukar-kerjaya-untuk-teruskan-hidup/