6 Ogos lalu menyaksikan HUAWEI telah melebarkan jaringan model bagi HUAWEI MateBook menerusi model HUAWEI MateBook D 16 dan HUAWEI MateBook 16s yang dikuasakan oleh processor Intel® Core™ H series generasi ke-12.

Model yang ditawarkan memfokuskan kepada produktiviti serta menawarkan rekaan yang moden dan estetik bersesuaian dengan selera pengguna pada masa kini.

Bukan itu sahaja, dua model HUAWEI MateBook yang dilancarkan pada kali ini menawarkan skrin 16-inci yang meliputi 90% muka hadapan dua model komputer riba ini. Penawaran HUAWEI FullView Display ini secara tidak langsung memberikan ruang skrin yang lebih besar menerusi saiz komputer riba yang optimum.

Selain itu, sokongan antara produk HUAWEI semakin mudah dihubungkan menerusi ekosistem yang ditawarkan jenama ini. Pengguna berpeluang menghubungkan earphone, mouse, keyboard, speaker dan sebagainya dengan mudah menerusi HUAWEI Smart Experience.

Pihak HUAWEI juga turut memperkenalkan HUAWEI Share dalam membolehkan pengguna berkongsi data melibatkan gambar, video atau dokumen kepada telefon pintar atau sebaliknya dengan mudah dan pantas. Menarik bukan?

Harga

 

HUAWEI MateBook D 16 sedia ditawrakan pada harga bermula daripada RM3,699 manakala model yang dilengkapi dengan spesifikasi lebih tinggi iaitu HUAWEI MateBook 16s hadir dengan tanda harga RM6,799.

Lebih menarik, pihak HUAWEI sedia menawarkan hadiah percuma bernilai RM700 buat pembeli HUAWEI MateBook D 16 manakala hadiah bernilai RM1,700 ditawarkan buat pembeli HUAWEI MateBook 16s.

Untuk pengetahuan, HUAWEI MateBook D 16 disasarkan buat pengguna kasual manakala HUAWEI MateBook 16s menjadi pilihan buat mereka yang kerap melakukan kerja melibatkan suntingan grafik, video atau bermain game.

Apa tunggu lagi? Mungkin ini masanya untuk anda dapatkan komputer riba terbaru dengan penawaran saiz skrin yang besar namun masih mengekalkan rekaan yang optimum dan ringan serta dilengkapi dengan spesifikasi hebat. Ketahui lebih lanjut mengenai dua model ini dengan lebih lanjut dengan klik di sini.

Ketahui cara untuk memohon semula slip SPM yang sudah hilang secara dalam talian semudah dalam talian sahaja. 

Ini Caranya Memohon Semula Slip SPM Yang Sudah Hilang Secara Dalam Talian

WhatsApp Perkenalkan Ciri Privasi Baharu Yang Bolehkan Pengguna Keluar Group Secara Senyap