Sebut mengenai komputer riba keluaran ASUS, pastinya ramai yang cukup tahu di mana jenama ini sememangnya konsisten dalam menawarkan seleksi komputer riba dalam memenuhi pelbagai kelompok keperluan pengguna.

Terbaharu, jenama ini tampil lagi dengan melancarkan dua model terbaru memfokuskan kepada gaming, sistem penyejukan dan juga saiz yang optimum buat pengguna. Pakej yang dilancarkan pada kali ini jelas bakal memberi kelebihan buat pengguna yang sentiasa dambakan sebuah komputer riba yang serba lengkap serta mempunyai prestasi yang hebat.

Dua model yang dilancarkan buat pasaran tempatan pada kali ini adalah ASUS ROG Strix SCAR 17 Special Edition dan juga ASUS ROG Flow X16. Berikut merupakan keunikan yang ditawarkan pada dua model ini.

ASUS ROG Strix Scar 17 Special Edition

Pelancaran ASUS ROG Stric Scar 17 Special Edition ini berjaya meletakkan standard baharu dalam arena kompute riba. Model komputer riba gaming ini berjaya ditawarkan dengan sistem penyejukan yang mampu menawarkan suhu yang optimum meskipun digunakan untuk menjalankan aplikasi berkuasa tinggi. Selain itu, model ini juga turut ditawarkan dengan skrin 17.3-inci yang nipis beserta sokongan refresh rate sehingga 240Hz.

Mengulas dari segi spesifikasi, ASUS ROG Strrix Scar 17 Special Edition dikuasakan oleh processor Intel® Core™ i9, 32GB RAM, storan 1TB SSD dan 1TB PCIe® 4.0 NVMe™ M.2.

Apa yang membuatkan model ini sangat berbaloi untuk didapatkan adalah penggunaan kad grafik RTX™ 3080 Ti 16GB GDDR6 yang pastinya membolehkan pengguna menjalankan hampir majoriti game atau software terbaru tanpa sebarang masalah.

ASUS ROG Flow X16

Pernahkah anda membayangkan sebuah komputer riba yang nipis namun masih mampu menawarkan spesifikasi yang bebat beserta penawaran kad grafik berspesifikasi tinggi? Jika ya, mungkin ASUS ROG Flow X16 merupakan pilihan anda.

Hadir dengan saiz 2.1kg, model ini dikuasakan oleh processor AMD Ryzen7 6800HS beserta penggunaan kad grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 3070 Ti beserta sokongan XG Mobile.

Menariknya, model ini menawarkan ROG Nebula HDR yang mampu menawarkan paparan HDR beserta refresh rate 165Hz dengan keterangan sehingga 1,100 nits. Penggunaan teknologi dinamakan Frost Force dan Pulsar Heatsink bakal memastikan komputer riba yang nipis ini kekal sejuk meskipun digunakan bagi menjalankan game atau aplikasi yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi.

Harga

Mengulas dari segi harga, ASUS ROG SCAR 17 Special Edition sedia ditawarkan buat pasaran Malaysia degan harga RM7,999 manakala ASUS ROG Flow X16 hadir dengan tanda harga RM9,999 dan RM11,999 mengikut spesifikasi.

Oh ya, menerusi setiap pembelian, para pengguna turut dibekalkan dengan beberapa aksesori ROG terdiri daripada ROG Keystone, ROG Backpack, ROG Delta  Headset, ROG Chakram Core Gaming Mouse dan ROG Pen mengikut model yang dibeli.

Meskipun dua model ini ditawarkan pada harga yang premium, spesifikasi, rekaan dan saiz yang ditawarkan menjelaskan segalanya. Para pengguna bakal menerima sebuah komputer yang bukan sahaja nipis, malah turut dilengkapkan dengan spesifikasi yang berprestasi tinggi dan juga sistem penyejukan yang hebat.

Sekiranya anda merupakan pengguna yang pentingkan prestasi serta kerap menjalankan kerja secara on the go, mungkin mendapatkan dua model ini antara yang boleh anda pertimbangkan.

Ketahui juga dengan lebih lanjut mengenai model yang dilancarkan ASUS pada bulan lalu iaitu ZenBook 14X OLED Space Edition yang memfokuskan kepada pengguna yang mahukan penggayaan serta penggunaan yang lasak.

ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition, Laptop Rekaan ‘Angkasa’ Yang Tahan Lasak

Dikritik Masih Guna iPhone Yang Retak, Ini Jawapan ‘Ringkas’ Riyad Mahrez Kepada Netizen