Fitbit Charge 5 baru sahaja dilancarkan secara rasmi dengan pelbagai kemas kini yang menarik seperti yang ditawarkan pada jam tangan pintar. Model terbaru ini merupakan penjejak Fitbit pertama yang hadir dengan fungsi always on display serta skrin AMOLED berwarna bagi paparan yang lebih jelas.

Bagi pembeli yang mendapatkan FitBit Charge 5 ini, mereka bakal menikmati langganan Fitbit premium selama 6 bulan secara percuma bagi pelanggan baharu mahupun yang sudah melanggannya. Sejumlah sensor yang disertakan termasuklah GPS, penjejak nadi, bacaan tahap oksigen dalam darah, penjejak tahap stress dan lain-lain lagi.

Lifestyle photo of Fitbit Morgan.
Sumber Gambar: Fitbit

Menerusi Fitbit Charge 5, pengguna berpeluang menggunakan model ini selama 7 hari untuk satu pengecasan penuh. Terdapat ciri Daily Readiness Score di mana penjejak kesihatan ini boleh menasihatkan aktiviti yang perlu dilakukan mengikut tahap kesediaan tubuh pengguna tersebut. Ditambah pula dengan ciri kalis air yang membolehkan ia menahan kedalaman air sehingga 50 meter.

Fitbit Charge 5 ditawarkan pada harga bermula daripada RM878 dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru. Anda sudah boleh membuat pra tempahan bagi penjejak kesihatan terbaru ini menerusi laman rasmi Fitbit Malaysia.

Selain daripada itu, anda juga perlu mengetahui samada ketepatan bacaan oksigen menerusi smartwatch boleh dijadikan panduan atau sebaliknya.

Perbezaan Ketepatan Bacaan Oksigen Antara Smartwatch Dan Pulse Oximeter

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

Sumber