Bermula dengan sebuah platform media sosial, Facebook nampaknya dilaporkan turut mempunyai hasrat untuk memperkenalkan kriptowang tersendiri yang dinamakan sebagai ‘GlobalCoin’ seawal tahun hadapan.
Difahamkan penawaran kriptowang dariapda Facebook ini bertepatan dengan langkah Facebook untuk menawarkan sebuah matawang yang selamat dengan sesuai digunakan tanpa mengira akaun bank yang digunakan pengguna.
GlobalCoin ini juga mungkin bakal memudahkan pengguna membeli dan menjual terus melalui platform WhatsApp dan Instagram yang turut dimiliki oleh Facebook. Dalam erti kata lain, setiap pengguna seluruh dunia turut menggunakan matawang yang sama.
Setakat ini masih awal untuk menjakakan sama ada penawaran kriptowang daripada Facebook ini bakal mendapat sambutan mahupun tidak, namun melihat kepada jumlah pengguna Facebook menjangkau 2.4 bilion sebulan pelan ini nampaknya berbaloi untuk dicuba.
Walaubagaimanapun pastinya soal keselamatan kriptowang pengguna antara yang perlu dibuktikan Facebook sebelum mendapat kepercayaan orang ramai.