Facebook Mahu Jenamakan Semula Instagram Dan WhatsApp

Umum tahu dua jenama popular yang sering digunakan pada hampir semua pengguna telefon pintar iaitu WhatsApp dan Instagram dimiliki oleh syarikat media sosial popular, Facebook.

Terbaru, Facebook dikatakan mahu menjenamakan semula kedua-dua aplikasi ini kepada ‘Instagram from Facebook’ dan ‘WhatsApp from Facebook’. Perubahan yang dibuat ini walau bagaimanapun tidak mengubah fungsi yang tersedia di kedua-dua aplikasi tersebut.

Sumber: techspot

Difahamkan tujuan penjenamaan yang dibuat ini bagi mengingatkan orang ramai mengenai hubung kait ketiga-tiga aplikasi ini. Selepas ini, para pengguna bakal menyaksikan nama aplikasi yang sedikit panjang ketika dimuat bagi memaparkan syarikat pemilik dua aplikasi popular ini.

Exit mobile version