Kewujudan pandemik ini telah memaksa sebahagian besar pekerja untuk bertugas dari rumah. Perkara ini telah memberikan kesan dari segi prestasi serta pengurusan pasukan yang kurang berkesan.

Kini Facebook telah melancarkan sebuah aplikasi Horizon Workrooms di mana pengguna boleh berkerja sebagai satu pasukan dengan lebih efektif di alam maya.

Horizon Workrooms ialah sebuah bilik mesyuarat di dalam dunia maya yang direka khas untuk pengguna Oculus Quest 2. Pengguna boleh melakukan mesyuarat di dalam maya dengan diri digantikan dengan avatar dalam bentuk 3D.

vocket-tech-news-facebook-1
Sumber Gambar: Facebok

Kehadiran fungsi terbaru Oculus Remote Desktop bagi aplikasi Windows dan Mac berpeluang memberikan akses komputer pengguna sepenuhnya di dunia maya tersebut. Semua nota yang diambil di dalam bilik mesyuarat tersebut akan disimpan pada komputer di dunia realiti dan paparan komputer pengguna boleh dikongsi pada skrin VR juga.

Saiz bilik mesyuarat maya ini boleh dibuat mengikut kapasiti ahli yang hadir serta skrin maya bagi pembentangan boleh digunakan tanpa sebarang had. Terdapat beberapa tema bilik mesyuarat yang turut boleh dipilih mengikut citarasa pengguna. Sokongan audio spatial bakal menampilkan pengalaman mesyuarat seperti di dunia sebenar.

vocket-tech-news-facebook-2
Sumber Gambar: Facebook

Suara yang dihasilkan oleh pengguna akan datang dari arah avatar yang sedang bercakap seperti benar-benar berada di depan peserta. Horizon Workrooms menyokong sehingga 16 peserta dengan sokongan avatar realiti maya. Bagi mereka yang tidak mempunyai Quest 2, mereka masih boleh menghadiri sesi mesyuarat dalam bentuk video sehingga 50 peserta sekaligus.

Menariknya, Horizon Workrooms juga hadir dengan sokongan integrasi Google Calendar dan Outlook bagi memudahkan penjadualan mesyuarat serta menghantar jemputan sesi berikutnya. Setiap bilik mesyuarat membolehkan pengguna mengambil nota, berkongsi fail atau pautan dan juga demonstrasi produk secara langsung di alam maya.

Bagi mereka yang berminat dengan Horizon Workroom, boleh lawati workrooms.com terlebih dahulu untuk pendaftaran. Setelah itu, anda dikehendaki memuat turun aplikasi ke Quest 2 untuk memulakan sesi mesyuarat di dalam dunia maya sebenar.

Dikhabarkan juga pada sebelum ini Facebook mahu turut serta dalam industri penghasilan jam pintar pada tahun hadapan. 

Facebook Mahu Hasilkan Jam Tangan Pintar Dengan Dua Kamera Pada Tahun Hadapan

Facebook Mungkin Perkenalkan Kriptowang Tersendiri Bermula Tahun Hadapan

Sumber