Facebook Habiskan RM103 Juta Untuk Tanggung Hidup Mark Zuckerberg Tahun Lalu

Facebook membelanjakan lebih daripada USD$ 25 juta (RM103 juta) untuk Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg pada tahun 2020, menurut laporan yang dikeluarkan oleh proksi yang dilantik oleh syarikat gergasi media sosial pada hari Jumaat lalu.

Angka ini meningkat sebanyak USD$ 3 juta yang dibelanjakan oleh Facebook untuk Zuckerberg berbanding tahun 2019. Sebahagian daripada kos perbelanjaan pengasas Facebook ini telah dihabiskan untuk keselamatan peribadi, kata Facebook.

Pada tahun 2020, Facebook membelanjakan lebih daripada USD$ 13.4 juta untuk keselamatan peribadi Zuckerberg “di kediamannya dan semasa perjalanan peribadi menurut program keselamatan keseluruhan Zuckerberg,” kata proksi terbabit.

Dia juga menerima elaun tahunan sebelum cukai sebanyak USD$ 10 juta untuk keselamatan keluarganya, dengan jumlah perbelanjaan keselamatan menjadi USD$ 23.4 juta, ditambah dengan USD$ 1.8 juta untuk jet peribadi.

Pada tahun 2019, The Vocket melaporkan firma teknologi yang bertapak di Amerika Syarikat ini telah menghabiskan sebanyak USD$ 20.4 juta untuk melindungi Zuckerberg, termasuk USD$ 10.4 untuk keselamatan peribadi, peruntukan tahunan sebanyak USD$ 10 juta untuk keselamatan keluarga dan USD$ 2.9 juta untuk jet peribadinya.

Kenaikan perbelanjaan keselamatan sebanyak USD$ 3 juta dari 2019 hingga 2020 “disebabkan oleh perjalanan peribadi, kos yang berkaitan dengan protokol keselamatan semasa pandemi COVID-19, peningkatan liputan keselamatan semasa pilihan raya AS 2020 dan tempoh lain dengan peningkatan risiko keselamatan, dan pasaran kenaikan kos anggota keselamatan,” kata Facebook.

“Peranan Zuckerberg menempatkannya dalam posisi yang unik,” tulis syarikat itu dalam kenyataan tersebut. “Dia sering disinonimkan dengan Facebook, dan akibatnya, sentimen negatif mengenai syarikat kami secara langsung akan dikaitkan dengan, dan sering dipindahkan ke, Zuckerberg.”

Facebook habiskan RM100 juta untuk tanggung kos hidup Mark Zuckerberg. Klik pautan di bawah untuk membaca.

https://www.thevocket.com/facebook-habiskan-rm100-juta-untuk-tanggung-kos-hidup-mark-zuckerberg/

https://www.thevocket.com/bagaimana-mark-zuckerberg-rugi-rm30-bilion-dalam-masa-yang-singkat/

https://www.thevocket.com/pekerja-facebook-dan-google-dibenarkan-work-from-home-sehingga-2021/

Exit mobile version