Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bermula dengan sekadar ura-ura, Mark Zuckerberg menerusi acara Facebook pada pagi ini telah mengumumkan Facebook bakal dijenamakan sebagai Meta. Menerusi Meta, produk-produk seperti Facebook, Messenger, Instagram, WhatsApp dan Oculus masih lagi akan beroperasi dan diteruskan seperti biasa.

Menurut Mark Zuckerberg, penjenamaan ini dibuat melihatkan syarikat mereka yang tidak lagi memfokuskan kepada Facebook semata-mata. Penggunaan nama Facebook sekaligus mungkin akan membuatkan para pengguna keliru dengan usaha yang bakal dilakukan.

Menariknya mengenai perubahan yang dibuat pada kali ini, Meta turut sedia akan memfokuskan kepada duniameta atau lebih dikenali dengan metaverse.

Untuk pengetahuan, metaverse merujuk membolehkan para pengguna berpeluang berinteraksi seolah dunia sebenar secara virtual. Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang bersosial, bekerja dan bermain sesama pengguna dalam dunia maya.

Difahamkan metaverse akan menjadi membawa perubahan besar dalam dunia internet seolah tiada lagi perbezaan antara dunia sebenar dan dunia maya. Berikut merupakan langkah awal Facebook dalam menawarkan metaverse buat para pengguna menerusi pengguna produk Oculus yang turut dijenamakan sebagai Meta.

Tular pada minggu ini apabila dilaporkan 50 pelajar di Kelantan menanggung rugi sekitar RM200,000 angkara terpengaruh dengan skim kriptowang.

Sanggup Guna Wang PTPTN, 50 Pelajar Di Kelantan Rugi RM200,000 Angkara Skim Kriptowang

Facebook Rancang Tukar Nama Syarikat Dalam Masa Terdekat

 

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group