Perisian terbaharu Facebook Dating mula diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg pada pertengahan tahun lepas di persidangan F8. Ciri ini baharu sahaja terdapat di beberapa buah negara baharu termasuklah di Malaysia bermula hari ini.
Seperti yang dibentangkan oleh pengasas Facebook tahun lepas, ciri ini boleh digunakan secara terus melalui Facebook tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan. Facebook Dating juga hadir dengan ciri ‘Secret Crush’ yang membenarkan pengguna untuk berkenalan dengan pengguna lain dari acara, rakan kepada rakan dan komuniti sekitar anda.
Facebook Dating turut menjamin privasi pengguna kerana profil pengguna tidak akan dipaparkan dimana-mana saluran termasuk di akaun peribadi Facebook pengguna.
Ciri ini bukanlah boleh digunakan oleh semua pengguna Facebook secara automatik tetapi menerusi pilihan pengguna sendiri. Ciri ini perlulah diaktifkan terlebih dahulu di tab sebelah kiri untuk pengguna desktop dan tab dihujung sebelah kanan untuk mengguna telefon bimbit.
Menurut pengguna yang sudah mencuba ciri ini, mereka boleh melihat pengguna lain dalam jarak 100km. Berbeza dengan aplikasi cari jodoh yang lain, ciri ini membenarkan pengguna menghantar mesej terlebih dahulu kepada pengguna lain sebelum menerima ‘matched’ setelah mesej dibalas.