Facebook pada tahun lalu mengalami fasa yang mencabar apabila dilaporkan penurunan pengguna harian yang drastik. Hal ini sekaligus menjejaskan pertumbuhan dan pendapatan syarikat induk, Meta pada tahun tersebut. Perkara ini juga telah menimbul pelbagai spekulasi hala tuju syarikat itu untuk tahun mendatang.

Terbaharu, Meta telah berjaya mencatatkan peningkatan yang baik pada suku tahun ini. Facebook kini mempunyai lebih daripada 1.96 bilion pengguna aktif harian yang mana meningkat berbanding sebelumnya 1.92 pengguna bilion sahaja.

Sumber Gambar: Socialmediatoday

Secara keseluruhannya, gabungan kesemua platform media sosial di bawah Meta iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp mencatatkan lebih 2.87 bilion angka pengguna aktif seharian. Pada bulan lalu pula, Meta mempunyai jumlah pengguna aktif bulaan seramai 3.64 bilion orang.

Selain itu, Meta juga berkongsi berkaitan format video Reels mereka memperlihatkan angka tontonan yang meningkat pada saban hari. Malah, semakin ramai pengguna kini yang menggunakan Facebook untuk tontonan video. Jika platform Facebook dan ciri Reels kelihatan sendu sebelum ini, nampaknya kini semakin ramai pula yang tertarik terhadapnya.

Baru-baru ini juga, Elon Musk berjaya menjadi individu pertama di dunia yang memiliki Twitter sepenuhnya dengan nilai RM191.6 bilion.

Elon Musk Berjaya Ambil Alih Twitter Dengan Nilai RM191.6 Bilion

Dianggap ‘Mampu Milik’, Elon Musk Bakal Tawarkan Penerbangan Ke Marikh Pada Harga RM425,000