Menyebut tentang Energizer pasti ramai yang cukup kenal dengan jenama ini yang terkenal dengan penawaran bateri yang pelbagai.

Terbaru, Energizer pada tahun ini bersedia untuk melancarkan dua puluh enam telefon pintar pada MWC 2019 yang berlangsung pada bulan Februari ini.

Energizer

Menariknya, model flagship mereka bakal hadir dengan kapasiti bateri terbesar dalam sejarah telefon pintar iaitu sebesar 18,000 mAh. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan telefon pintar yang berada di pasaran kini mempunyai kapasiti bateri sekitar 3,000-4,000 mAh.

Penawaran bateri yang besar ini secara tidak langsung membolehkan telefon pintar daripada Energizer ini bertahan selama seminggu. Setakat ini pihak Energizer masih belum mengumumkan dengan lebih lanjut mengenai 26 model telefon pintar Energizer yang bakal dilancarkan.

Walaubagaimanapun, pastinya ramai yang ingin mengetahui sejauh manakah telefon pintar Energizer dengan bateri 18,000 mAh mampu memberi kesenangan buat para pengguna.

Sumber