Sebut mengenai Elon Musk pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya digelar ‘Tony Stark’ dunia sebenar hasil inovasinya pada syarikat Tesla dan SpaceX berjaya membuatkan beliau diidolakan ramai.

Di sebalik kehebatannya dalam menghasilkan inovasi terbaharu dalam dunia automotif dan aero angkasa, isu yang membelenggu beliau berikutan tweet beliau sebelum-sebelum ini telah menggugat nama baik beliau serta syarikatnya. Konflik ini menjadi lebih serius selepas beliau secara sengaja menghisap ganja ketika temu ramah siaran radio.

elon-musk-twitter-account
Sumber: Fortune

Pada minggu lalu, beliau telah memuat dua tweet di laman Twitter beliau dengan menyatakan beliau tidak pasti apa lagi yang menarik mengenai platform Twitter serta mahu meninggalkan platform tersebut.

Pengumuman beliau sekaligus membuatkan orang ramai tertanya-tanya terhadap tindakannya selepas beliau dilihat tidak aktif di laman media sosial tersebut selama seminggu sebelum membuat kemunculan semula baru-baru ini dengan memuji ujian yang dilakukan pasukan SpaceX.

https://twitter.com/elonmusk/status/1190292298694680577

Untuk pengetahuan, beliau juga pernah disaman pada tahun lalu selepas memfitnah lelaki yang menyelamatkan 12 remaja lelaki yang terperangkap di Gua Tham Luang sebagai ‘lelaki pedofilia’.

Walau bagaimanapun, kembalinya Elon Musk di Twitter telah disambut baik oleh netizen yang merindui tweet beliau. Berikut antara mesej yang disampaikan para netizen kepada beliau.

https://twitter.com/marialauraadr/status/1191475473638932480

Kami kongsikan kepada anda lebih banyak lagi artikel berkaitan Elon Musk buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai individu ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut. 

https://www.thevocket.com/spacex-dan-tesla-perbandingan-dua-syarikat-gergasi-kendalian-elon-musk/

https://www.thevocket.com/elon-musk-sedia-jual-rumah-di-los-angeles-dengan-nilai-rm13-35-juta/

https://www.thevocket.com/tonton-prototaip-terowong-hyperloop-yang-diinspirasikan-oleh-elon-musk/