Baru sahaja Google Pixel 5A dilancarkan, model Pixel 6 dan Pixel 6 Pro pula sudah hangat diperkatakan dalam kalangan komuniti pengguna ketika ini. Pihak Google telahpun mengesahkan bahawa mereka akan melakukan perubahan menyeluruh bagi model flagship pada tahun ini.

Menerusi ciapan terbaru, Hiroshi Lockhemier yang merupakan salah seorang pengasas Android telah membuat perkongsian screenshot yang berkemungkinan datang daripada model Pixel 6 Pro. Paparan locksreen tersebut telah menayangkan simbol seakan-akan ikon pengimbas cap jari.

Perkara ini telah menguatkan lagi dakwaan akan kehadiran imbasan cap jari pada skrin yang ditawarkan pada siri terbaru. Dikhabarkan Pixel 6 Pro bakal hadir dengan skrin resolusi 6.7 inci QHD+ serta sokongan refresh rate 120Hz manakala Pixel 6 pula datang dengan skrin 6.4 inci FHD+ dipadankan refresh rate 90Hz.

Lokasi imbasan cap jari tersebut kelihatan agak berlainan dan diberitahu oleh seorang pengguna bahawa lokasi cap jari ini sama dengan pengimbas cap jari yang sedia ada di Galaxy S21 Ultra. Buat sementara waktu ini, kita hanya boleh menantikan pengumuman rasmi oleh Google dalam masa terdekat ini.

Sekiranya anda berminat dengan artikel di atas, boleh teruskan bacaan artikel-artikel yang terbaru daripada kami menerusi pautan di bawah.

Mahu Mudahkan Pengguna, Google Maps Bakal Tawarkan Sokongan Fungsi Anggaran Harga Tol

Kerajaaan Lancarkan Aplikasi Baharu Untuk Mengesahkan Kod QR Sijil Vaksin Digital

 

Sumber