Krisis kekurangan cip bukanlah satu perkara yang baru dan dijangka bakal berlarutan sehingga beberapa tahun lagi. Hal ini menjadi kegusaran buat sejumlah syarikat teknologi gergasi seperti Apple, Samsung dan banyak lagi mahu memenuhi permintaan semasa yang tinggi.

Menerusi laporan Reuters, difahamkan pengeluaran iPhone 14 bakal terjejas dan kini didapati sudah pun lewat daripada yang dirancangkan. Hal ini kerana perintah kawalan pergerakan yang sedang dilakukan di China sekaligus memberi kesan kepada pelbagai pengeluaran termasuklah pembangunan dan penghasilan iPhone generasi baharu.

Sumber Gambar: Global Times

Lantas, Apple telah meminta pembekal mempercepatkan pengeluaran dan pembangunan supaya dapat memenuhi permintaan di peringkat global sebaik dilancarkan kelak. Apple bagaimanapun sudah pun meramal pengeluaran dan permintaan di China akan terjejas disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan.

Bukan hanya barisan iPhone 14 sahaja yang terjejas, malah model MacBook Pro baharu juga dikesan mengalami kelewatan penghantaran untuk pesanan yang dibuat. Hal ini juga berkemungkinan boleh mendorong kepada kenaikan harga penawaran barisan iPhone 14 kali ini.

Selain Apple, Samsung juga didapati bakal meningkatkan harga cip sebanyak 20% angkara kekurangan penghasilan cip di peringkat global.

Ekoran Isu Kekurangan Cip Global, Kini Samsung Bakal Meningkatkan Harga Cip Sebanyak 20%

Samsung Dilaporkan Sedang Bangunkan Kamera Sensor Sebesar 200 Megapixel Buat Siri Galaxy S23