Pada acara WWDC 2022 baru-baru ini, Apple sudah pun dimaklumkan dengan kehadiran kemas kini iOS 16 yang sedia menawarkan sejumlah ciri menarik pada pengguna iPhone. Dengan ini juga, kita telah mengetahui terdapat sebahagian model iPhone terdahulu yang tidak menerima kemas kini kali ini.

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat lima model iPhone yang tidak lagi menerima sokongan kemas kini iOS 16 merangkumi iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone SE (Gen-1), iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Bagaimanapun, pemilik iPhone 8/8 Plus dan iPhone X masih tidak berpeluang menikmati keseluruhan ciri iOS 16 ekoran penggunaan cip lama.

Sumber Gambar: Apple

Untuk lebih terperinci, ciri imbasan label buat ke dalam Health menggunakan kamera iPhone memerlukan sekurang-kurangnya iPhone XR dan XS. Sementara Live Captions pula iaitu ciri menjana transkripsi teks daripada video memerlukan iPhone 11 dan ke atas.

Sumber Gambar: Phonearena

Kesan kabur latar belakang dalam gambar yang boleh dipilih serta menjadikan kesan kabur kelihatan lebih realistik memerlukan model iPhone 13 dan ke atas. Rakaman video dalam mod Cinematic yang lebih cantik dan tepat juga hanya terhad kepada iPhone 13 dan ke atas sahaja.

Dalam pada itu, Apple juga dijangka menawarkan stand khas untuk jadikan iPhone anda sebagai webcam dengan mudah.

Apple Sedia Membolehkan Anda Gunakan iPhone Sebagai Webcam Pada MacBook

Lebih Berkuasa Dan Efisien, Apple Perkenalkan Cip M2 Generasi Terbaru

Sumber